Info Pelan

Allah Menyertai KitaSampel

God With Us

HARI 3 DARIPADA 7

Allah Perkasa

Kata-kata nabi Yesaya terjelma dalam bentuk seorang bayi. Yesus, yang diramalkan sebagai Allah Perkasa, telah datang ke dunia ini, dan kuasa-Nya akan mengubah segala sesuatu.


Yesus melakukan banyak mukjizat—Dia membuat orang buta melihat, menenangkan ribut dengan kata-kata-Nya, dan membangkitkan orang mati. Dia memiliki kuasa, kekuatan, dan kebijaksanaan melewati bayangan kita—Dia betul-betul berdaulat sebelumnya, dan masihlah berdaulat dalam segala perincian.


Walau bagaimanapun, mukjizat kuasa Yesus tidaklah terbatas kepada-Nya sahaja. Kepada murid-murid-Nya, Yesus berkata, "Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan melakukan apa yang Aku lakukan, bahkan dia akan melakukan hal-hal yang lebih besar lagi, kerana Aku pergi kepada Bapa." (Yohanes 14:12 BM)


Apakah perbuatan yang paling besar yang Dia rasa kita dapat laksanakan?


Petrus, salah seorang pengikut Yesus yang paling akrab, menafikan bahawa dia mengenali Yesus sebanyak tiga kali, namun, Allah masih menggunakannya untuk mengkhabarkan kebangkitan semula semasa Pentakosta di mana 3,000 orang terselamat. Paulus merupakan salah seorang penganiaya orang Kristian yang paling teruk, namun, Allah telah menebusnya dan menggunakannya untuk menyebarkan injil ke seluruh dunia.


Sementara mukjizat fizikal adalah menakjubkan dan pastinya masih mungkin bagi Allah, betapa mengagumkan bahawa Dia telah memanggil kita untuk membuka mata orang tentang harapan dan kedamaian kekal yang kita miliki dalam Yesus. Yesus telah menugaskan murid-murid-Nya dengan tugas menyebarkan injil yang penting, dan ini masih berkaitan dengan kita hari ini.


Pada hari Krismas ini, marilah kita mempertimbangkan kuasa yang kita miliki melalui Yesus—bahawa Dia telah memberikan kita hidup kekal, dan kuasa sama yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian hidup dalam kita. Berasa terdoronglah bahawa Allah bukan sahaja mahu bertindak secara berkuasa dalam kehidupan anda, malah mahu bertindak secara berkuasa melalui anda untuk menjangkau orang lain. Betapa menundukkan bahawa Allah alam semesta memilih untuk menggunakan kita untuk memperluas Kerajaan-Nya!


Doa: Terima kasih Bapa kerana Engkau sangat mengasihi kami dan memilih kami untuk membantu membina Kerajaan-Mu. Firman-Mu menyatakan bahawa kuasa hebat-Mu nyata dalam saya. Tolonglah saya, Tuhan, untuk sentiasa melaksanakan lebih banyak daripada yang dapat saya bayangkan melalui nama berkuasa-Mu.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

God With Us

Hari Krismas adalah masa yang dipenuhi sukacita, menandakan kelahiran Yesus, Penyelamat kita. Terdapat banyak nubuatan sepanjang Alkitab tentang kedatangan Yesus, dan melalui renungan ini, kita akan meneliti lima nama ya...

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.churchofthehighlands.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami