Info Pelan

Meluangkan Masa untuk BerehatSampel

Making Time To Rest

HARI 2 DARIPADA 5

Merenungkan Firman Allah.



Lebih banyak anda membaca Alkitab; dan lebih banyak anda merenungkannya, lagi anda akan berasa kagum dengannya. — Charles Spurgeon



Banyak pengikut Kristus tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan renungan. Apabila kita merenungkan sesuatu, ia bermaksud kita menumpukan fikiran kita pada sesuatu itu. Demi memahami apa yang dimaksudkan dengan merenungkan Firman Allah, marilah baca huraian Pastor Rick Warren. Dia berkata, "Ganjilnya, jika anda reti berasa bimbang, anda sudah mengetahui cara merenungkan Firman Allah. Kebimbangan adalah apabila anda mengambil satu fikiran yang negatif dan memikirkannya berulang-ulang. Apabila anda mengambil satu petikan Alkitab dan memikirkannya berulang-ulang, itu dipanggil renungan." 



Alkitab menyebut tentang renungan lebih daripada 20 kali dan memanggil kita untuk merenungkan Firman Allah. Ia merupakan satu amalan berfaedah untuk dimasukkan dalam waktu harian kita dengan Allah kerana ia memberikan kita rehat mental dan emosi di samping pertumbuhan rohani.



Semasa kita menghabiskan masa untuk membaca Alkitab setiap hari, kita boleh mendalami petikan dan mulakan perbualan dengan Allah. Demi memahami cara merenungkan ayat, marilah kita meneliti Efesus 4:31-32 yang mengatakan, "Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun. Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus." 



Baca ayat itu sekali lagi dan tanyalah Allah:



Adakah saya berdengki? 

Adakah saya marah kepada seseorang? 

Adakah kata-kata saya kesat? 

Adakah saya berbelas kasihan? 

Adakah saya mengampuni orang lain dengan rela hati?
 



Kemudian, kita mendengar dan menantikan suara Allah yang berkuasa tetapi lembut. Ia jarang boleh didengar tetapi kita akan tahu apa yang dikatakan-Nya kepada kita. Kita boleh membenarkan renungan kitab ini untuk menyertai kita sepanjang hari dan menyedarkan kita akan sebarang perasaan dengki, kemarahan, kekesatan, kekerasan hati, atau sikap tidak mengampunkan yang cuba menguasai fikiran kita. 



Inilah maksud merenungkan Firman Allah. 



Kebenaran daripada Alkitab meresap ke dalam jiwa kita apabila kita merenungkan Firman Allah. Renungan memberikan kita tahap rehat yang baru kerana kita menghabiskan tenaga mental kita untuk berfikir tentang Firman Allah dan tidak melemaskan minda kita dengan kebimbangan dunia. Malah, kita juga berkuasa mengamalkan kata-kata yang mengubah kehidupan daripada Allah dalam kehidupan kita. Kita pasti akan menjadi segala sesuatu yang Allah ingin kita jadi apabila kita berusaha seperti ini. 



Renungan




  • Pilih satu ayat Alkitab daripada bacaan hari ini, ataupun ayat pilihan anda, dan merenungkannya. Semasa anda membacanya, mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda di mana anda mentaati-Nya dan di mana anda perlu membuat perubahan untuk pertumbuhan rohani. Biarkan penemuan baru ini untuk mesesap ke dalam fikiran anda sepanjang hari ini.

  • Tuliskan apa-apa pendedahan yang dibicarakan oleh Allah kepada anda melalui bacaan Alkitab atau renungan hari ini.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Making Time To Rest

Gila kerja dan kesibukan tidak henti-henti kerap dipuji dalam dunia kita, dan berehat agak mencabar. Demi menjalankan peranan dan rancangan kita secara berkesan, kita mesti belajar berehat jika tidak kita tidak ada apa p...

More

Pelan Alkitab asli ini dicipta dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami