Info Pelan

Tidak Mengkhuatiri Apa-apaSampel

Anxious For Nothing

HARI 7 DARIPADA 7

Barangkali salah satu daripada cerita dalam pelan ini terngiang-ngiang dalam fikiran anda. Barangkali cerita anda berhubung dengan kekhuatiran adalah berbeza sama sekali. Namun, walau apa pun pertempuran yang dihadapi melawan kekhuatiran, Roh sama yang telah membangkitkan Kristus daripada kematian kini hidup dalam anda. Dia tidak memberikan roh yang menjadikan anda penakut. 


Itu tidak bermaksud bahawa jika anda bergumul dengan kekhuatiran, anda tidak memiliki iman yang mencukupi. Itu tidak bermaksud bahawa anda tidak cukup mempercayai Allah. Sebenarnya, bagaimana kalau kekhuatiran menjadi perkara yang membantu anda belajar bergantung pada Allah dan mempercayai-Nya? Mungkinkah kekhuatiran menjadi mangkin yang menjadikan anda lebih dekat kepada Allah? 


Kekhuatiran menjadi hadiah apabila kekhuatiran itu membantu kita bergantung pada Allah. Itu tidak bermaksud kita berhenti mendapatkan bantuan atau mencari harapan. Maksudnya adalah kita menyedari bahawa pengejaran ketenangan adalah satu proses. 


Jadi, mungkinkah kita hidup tanpa mengkhuatiri apa-apa? Ya. Itu tidak bermaksud tiada lagi hal yang merisaukan lagi. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh Yesus, kita boleh hidup tanpa mengkhuatiri apa-apa meskipun semasa adanya sesuatu yang dikhuatiri—bukan atas usaha kita sendiri tetapi melalui hadirat-Nya. Lihat ayat-ayat berikut lagi: 


Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus. Filipi 4:6-7 BM 


Amati kebenaran tersebut. Kita kerap mempunyai obsesi tentang perkataan "ketenangan," tetapi ayat itu menyatakan, "kesejahteraan daripada Allah." Ketenangan sebenar ditemui dalam kehadiran Allah sahaja. Jadi, bagaimana kalau jawapan kepada kekhuatiran bukanlah tekanan yang kurang tetapi lebih banyak lagi akan Allah? 


Pertimbangkan: Bagaimanakah saya dapat mengundang hadirat dan ketenangan Allah secara lebih kerap ke dalam kehidupan saya? 


Doa: Tuhan, terima kasih kerana hadirat tetap-Mu. Saya datang kepada-Mu hari ini untuk memohon ketenangan yang hanya dapat diberikan oleh-Mu. Saya inginkan lebih banyak daripada Engkau. Saya menjemput Engkau ke dalam setiap lingkungan kehidupan saya. Tolonglah saya untuk bergantung sepenuhnya pada-Mu hari ini. Saya menyerahkan semua kekhuatiran dan ketakutan saya kepada-Mu. Tolonglah saya untuk menjalankan kehidupan yang tidak mengkhuatiri apa-apa dengan bergantung pada-Mu. Saya mempercayai Engkau. Saya menyerahkan segala-galanya kepada-Mu. Dalam nama Yesus, amin. 


Jika anda bergumul dengan kekhuatiran, atau seseorang yang dikasihi bergumul dengan kekhuatiran, adanya pertolongan dan harapan. Ketahui lebih lanjut tentang rupa kekhuatiran, cara mengatasinya, dan bagaimana membantu orang lain yang sedang bergumul.


Hari 6

Perihal Pelan

Anxious For Nothing

Bagaimana kalau terdapat cara yang lebih baik untuk mengatasi kebimbangan yang tidak habis-habis yang menyebabkan anda tidak dapat tidur? Ketenangan sebenar sedia ada—barangkali lebih dekat daripada yang difikirkan anda....

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami