Info Pelan

Tidak Mengkhuatiri Apa-apaSampel

Anxious For Nothing

HARI 5 DARIPADA 7

Pernahkah anda rasa bersalah menjadi seorang Kristian yang tidak berupaya "tidak mengkhuatiri apa-apa"? Adakah berasa khuatir menjadikan anda lebih bimbang kerana anda rasa seperti anda tidak harus memiliki perasaan itu? Lori pun begitu juga sehingga ia menemui satu perkara yang mengubah segala-galanya. 



Perkahwinan saya kucar-kacir. Saya memikul semua tanggungjawab mengasuh tiga orang anak, dua daripadanya remaja (Tuhan, tolonglah saya!), sendirian. Bekerja, memasak, membersih, berkongsi kereta, membaiki, membiayai, menyayangi, sara hidup—semuanya tanggungjawab saya. Kekhuatiran saya melambung tinggi, dan saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. 



Saya cuba segala sesuatu yang dapat difikirkan: kaunseling, renungan, ubat, muzik, senaman, membaca Alkitab, sebut sahaja! Tiada apa-apa yang menghilangkan kekhuatiran saya. Jangan salah faham, melakukan perkara tersebut memang membantu. Saya belajar menggunakan alat yang saya perlukan untuk menjadikan Kristus pusat kehidupan saya lagi. Walau bagaimanapun, saya masih bergumul. Mengenang kembali, satu perkara yang saya sedari saya tidak cuba adalah "tidak mencuba."



Jika anda mencari Alkitab, anda akan menemui banyak ayat tentang kerisauan. Saya tahu kerana saya mencari rumus ajaib untuk membantu saya mengalahkannya sekali untuk selama-lamanya. Dalam pencarian saya, saya menemui sesuatu yang tidak disangka. Anda perlu menumpukan perhatian untuk melihatnya, tetapi dalam ayat-ayat ini terdapat perintah tersirat daripada Bapa kita untuk tidak melakukan apa-apa. Ya, sungguh-sungguh—tidak berbuat apa-apa.



Dalam Matius 11:28 TB, Yesus berkata, "Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu." Dialah yang bekerja di sini, bukan kita. Kita hanya perlu pergi kepada-Nya.



Dalam Yohanes 14:27 BM, Dia berkata, "Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu …" Adakah anda mengesan suatu tema? Dia memberikan kita kesejahteraan. Dia memberikan kita kelegaan. Kita tidak melakukan apa-apa. 



Sekali lagi dalam Matius 6:25-34 TB, petikan yang terkenal ini memberitahu kita agar jangan khuatir, kerana Allah "mendandani rumput di ladang," jadi betapa banyak lagi Dia akan menjaga kita? Kita diarahkan untuk "carilah dahulu Kerajaan Allah … maka semuanya itu akan ditambahkan" kepada kita. Ya betul—dapatkah anda menangkap itu? Ditambahkan!



Allah ialah seorang pemberi. Dia memiliki semua jawapan, dan Dia menyokong kita. Terdapat sesetengah perkara yang kita tidak mungkin lakukan sendiri, tetapi itulah cara Dia merancangnya. Agar kita memerlukan Dia.



Semua perkara tersebut yang dirisaukan saya diselesaikan, biar bagaimanapun caranya. Akhirnya saya menemukan ketenangan apabila saya melepaskan lelah, berehat, betul-betul pergi kepada Yesus, bersenyap, melepaskan semua butiran, memberitahu Allah bahawa saya mempercayai-Nya sepenuhnya—sesudah itu belajar untuk tidak berbuat apa-apa. Pada asasnya, doa saya menjadi kurang tentang situasi saya dan lebih tentang kepercayaan saya dalam-Nya. 



Jika anda perlu melakukan hal yang sama, saya mendorong anda untuk sandarkan hati pada-Nya. Anda boleh mempercayai-Nya. Berikut adalah doa saya apabila saya berasa dikuasai kekhuatiran lagi: 



Ya Tuhan,



Saya mendekati-Mu hari ini untuk memohon bantuan-Mu. Engkaulah segala sesuatu bagi saya. Tuhan, saya perlukan kelegaan. Saya menyerahkan kekhuatiran saya kepada-Mu. Ambillah semuanya, Tuhan. Saya menerima ketenangan, kasih, dan pemahaman-Mu. Tolonglah saya untuk berbalik kepada-Mu dan tidak bersandar pada diri sendiri. Tolonglah saya untuk berhenti melaksanakan sesuatu dan mula mempercayai. Tolonglah saya untuk menantikan jawapan-Mu, kerana saya sedar jawapan-Mu adalah baik. Berikan saya kebijaksanaan, harapan, dan ketenangan. Terima kasih, Tuhan, kerana kesabaran dan kasih karunia-Mu. Saya mengasihi-Mu, dan saya sedar Engkau mengasihi saya jauh lebih banyak daripada yang dapat dibayangkan saya.



Amin.



-Lori


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Anxious For Nothing

Bagaimana kalau terdapat cara yang lebih baik untuk mengatasi kebimbangan yang tidak habis-habis yang menyebabkan anda tidak dapat tidur? Ketenangan sebenar sedia ada—barangkali lebih dekat daripada yang difikirkan anda....

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami