Transformasi Anak yang Sesat dengan Kyle IdlemanSampel

“Kasih Karunia untuk Kedua-dua Anak”
Anak lelaki yang lebih tua marah setelah melihat tindakan bapanya. Saudara yang lebih tua ini mungkin bekerja keras dan menjaga ladang dengan setia, tetapi dia sesat dalam rumah bapanya.
Tiada kesedaran. Tiada kejujuran. Tiada tindakan.
Kebenarannya adalah, dia, juga, ialah anak yang sesat. Dia, juga, memiliki hati yang berjauhan daripada bapanya. Dia juga sesat, tetapi dia tidak melihatnya. Tim Keller menyatakannya demikian, “Anak yang jahat sesat dalam kejahatannya, tetapi anak yang baik sesat dalam kebaikannya.”
Anda mungkin tidak pernah ke Negeri yang Jauh. Anda mungkin memiliki resume agama yang mengagumkan. Anda mungkin mematuhi semua peraturan. Anda mungkin membaca seluruh buku ini memikirkan semua orang yang anda kenali di Negeri yang Jauh, yang betul-betul perlu mendengarnya. Walau bagaimanpun, saya tertanya-tanya sama ada anda adalah orang yang dimaksudkan Yesus sepanjang masa ini.
Mujurlah, semasa saudara yang lebih tua itu berada di ladang, bapanya meninggalkan perayaan itu dan mendekatinya. Dia bercakap terus dengan anaknya.
Apakah yang diperkatakan ini tentang Allah? Allah ingin akan hubungan dengan anak-anak-Nya. Sama ada kehidupan anda menyerupai anak yang lebih tua atau yang lebih muda.
Meskipun setelah pilihan menghina dan kehidupan semberono anak muda itu, bapanya mendakapnya dengan ciuman dan pelukan. Dan selepas kata-kata kesat dan sikap tidak hormat saudara yang lebih tua itu, bapanya menjelaskan dirinya dengan penuh kasih sayang. Pada zaman purba, orang tua-tua tidak perlu menjelaskan diri. Keluarga tidak bersifat demokrasi; ia bersifat diktator. Namun, bapa itu membalas kemarahan saudara yang lebih tua itu dengan kesabaran yang lemah lembut dan kasih karunia.
Kita menjangkakan Allah sebagai bapa yang marah, yang menuntut keadilan, tetapi melalui Yesus, Dia memberikan kita kasih dan kasih karunia apabila kita tidak patut menerimanya. Akhirnya, cerita dalam Lukas 15 bukan tentang dua orang anak lelaki yang ingkar. Ia adalah tentang seorang Bapa yang mengasihi anak-anak-Nya tanpa syarat.
* Apabila anda berdosa, bagaimanakah anda membayangkan Allah dan apa yang difikirkan-Nya tentang anda? Bagaimanakah kasih karunia dan kasih-Nya yang tidak henti-henti menyemarakkan seluruh proses AHA?
Adakah anda menikmati pelan bacaan ini? Jika ya, sertai untuk peluang memenangi buku ini di sini
Kitab
Perihal Pelan

Dipetik daripada bukunya "AHA," sertai Kyle Idleman ketika dia membongkar 3 unsur yang membolehkan kita untuk menghampiri Allah dan mengubah kehidupan kita buat selama-lamanya. Adakah anda bersedia untuk detik Allah yang mengubah segala-galanya?
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://davidccook.org/books/