Transformasi Anak yang Sesat dengan Kyle IdlemanSampel

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

HARI 4 DARIPADA 7

“KEJUJURAN - Bercakap dengan Diri Sendiri”

Kita melihat ramuan kedua (Kejujuran yang Pahit) AHA dalam Lukas 15:17: “Akhirnya dia sedar dan berkata…”

Tiada orang lain di sekelilingnya. Hanya dia dan babi. Ada kalanya, perbualan yang paling sukar adalah perbualan dengan diri sendiri. Kejujuran yang pahit bermula apabila kita memandang cermin dan mengucapkan kebenaran tentang apa yang dilihat. AHA menghendaki anda untuk menyatakan kebenaran tentang diri sendiri kepada diri anda sendiri.

Anak yang Sesat bersifat jujur dengan dirinya tentang apa yang patut diterimanya. Kejujuran tersebut adalah sukar. Kita lebih suka kesedaran tanpa kejujuran yang pahit.

Seperti isteri yang bangun dengan semangat kritisnya tetapi enggan mengatakan, “Saya memang bersalah kerana bersifat negatif. Saya tahu suami saya memerlukan dorongan dan sokongan saya, tetapi saya asyik merungut dan mengkritik.”

Seperti suami yang sedar akan dosa seksualnya tetapi enggan mengatakan, “Masalah pornografi saya telah merenggangkan perkahwinan saya dan telah mengeraskan hati saya terhadap isteri saya.”

Mengelakkan kejujuran yang pahit akan membantutkan perubahan yang kekal. Apabila timbulnya kesedaran tanpa pertaubatan, AHA tidak berlaku. Apabila Anak yang Sesat itu sedar, dia menghadapi dirinya dengan terus-terang. Kesedaran mesti membawa kepada kejujuran. Keyakinan mesti membawa kepada pengakuan.

Bapa syurgawi kita melihat dan mengetahui segala sesuatu, jadi, ia bukanlah persoalan ditangkap. Kejujuran yang saya maksudkan di sini adalah lebih daripada pengakuan semata-mata; ia sejenis keremukan. Ya, anda meminta maaf daripada orang yang menangkap anda, tetapi anda mesti bertindak selanjutnya. Semasa detik yang jujur tanpa orang lain di sekeliling anda, anda mesti memberitahu diri sendiri kebenaran tentang diri anda dan sedar bahawa anda menyesal.

Itulah perbezaan anda penyesalan dan pertaubatan.

* Pernahkah anda menyusuli kesedaran dengan kejujuran yang pahit dengan diri sendiri? Adakah anda cukup jujur dengan diri sendiri untuk melihat keremukan diri dan bagaimana ia tidak menyenangkan hati Allah?

Perihal Pelan

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

Dipetik daripada bukunya "AHA," sertai Kyle Idleman ketika dia membongkar 3 unsur yang membolehkan kita untuk menghampiri Allah dan mengubah kehidupan kita buat selama-lamanya. Adakah anda bersedia untuk detik Allah yang mengubah segala-galanya?

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://davidccook.org/books/