Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Karl Barth (Switzerland, 1886-1968)
Apabila kita bercakap tentang rahmat, kita berfikir tentang hakikat bahawa kecenderungan [Allah] terhadap makhluk tidak membiarkannya menjadi benci dan kecewa oleh rintangan yang mendatang. Apabila kita bercakap tentang kekudusan, kita berfikir, yang sebaliknya, hakikat bahawa kecenderungan-Nya mengatasi dan memusnahkan rintangan ini.
Untuk mengatakan rahmat ialah untuk mengatakan pengampunan dosa; untuk mengatakan kekudusan, penghakiman atas dosa. Tetapi memandangkan kedua-duanya mencerminkan kasih Allah, bagaimana boleh ada satu tanpa yang lain, pengampunan tanpa penghakiman atau penghakiman tanpa pengampunan?
Hanya apabila kasih Allah belum diperlihatkan, belum lagi atau tidak lagi dipercayai, tidak akan ada perbezaan, sebaliknya ada pemisahan. Dalam hal ini pengampunan akan disimpulkan dalam abstrak dari dosa, dan penghakiman dari penghukuman. Ia tidak akan menjadi penghakiman Allah dalam hal ini dan tidak akan menjadi pengampunan Allah dalam hal yang lain.
Jika kita bercakap dalam iman, dan oleh itu dalam cahaya dan kasih Allah, dan oleh itu dari pengampunan dan penghakiman Allah, saat pengertian mendalam kita bertumbuh, kita akan membezakan tetapi tidak akan memisahkan, antara rahmat dan kekudusan Allah.
Hubungan antara kedua-dua ini adalah tegas disimpulkan dalam kenyataan bahawa keduanya mencirikan dan membezakan kasih-Nya dan Diri-Nya dalam tindakan-Nya dalam perjanjian, sebagai Tuhan kepada perjanjian antara Diri-Nya dan makhluk-Nya.
Perihal Pelan

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.
More
Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056