WAHYU 21:1-8

WAHYU 21:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

Kemudian aku nampak langit baru dan bumi baru. Langit pertama dan bumi pertama tidak ada lagi, dan laut pun lenyap. Aku nampak kota suci itu, Yerusalem baru turun dari syurga daripada Allah. Kota itu sudah disiapkan seperti pengantin perempuan yang telah berhias untuk menemui suaminya. Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, “Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka. Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.” Kemudian Dia yang duduk di atas takhta itu berkata, “Sekarang Aku menjadikan semuanya baru!” Dia juga berkata kepadaku, “Tuliskanlah ini, kerana kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.” Dia berkata, “Sudah selesai! Akulah yang pertama dan yang terakhir, Akulah Tuhan dari permulaan sampai penghabisan. Orang yang dahaga akan Aku berikan air minum dengan percuma dari sumber air yang memberikan hidup. Sesiapa yang menang akan menerima hak ini daripada-Ku: Aku akan menjadi Allahnya, dan dia akan menjadi anak-Ku. Tetapi pengecut, pengkhianat, orang yang melakukan perbuatan cabul, pembunuh, orang yang lucah, orang yang mengamalkan ilmu ghaib, penyembah berhala, dan semua pendusta, akan dibuang ke dalam lautan api dan belerang yang bernyala-nyala, iaitu kematian tahap kedua.”

WAHYU 21:1-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

SŬBARMULA maka kulihat langit bahru dan bumi bahru; kŭrna langit lama dan bumi lama pun tŭlah lŭnyaplah; maka laut pun tiadalah lagi. Bahwa aku Yahya tŭlah mŭlihat nŭgri yang suchi, iya itu Jerusalem yang bahru, turon deripada fihak Allah kluar deri shorga, yang tŭrlangkap spŭrti sa’orang pŭngantin yang dihiasi bagie swaminya. Maka kudŭngar suatu swara bŭsar deri langit, katanya, Bahwa sŭsungguhnya ka’abah Allah ada diantara manusia, maka iya kŭlak diam bŭrsama sama dŭngan dia; marika itu kŭlak mŭnjadi kaumnya, maka Allah sŭndirinya kŭlak ada bŭrsama sama dŭngan marika itu, sŭrta mŭnjadi Allahnya. Bahwa Allah akan mŭnyapu sagala ayer mata deri pada matanya, dan maut pun tiada lagi, atau dukachita, atau tangisan, atau kŭsakitan pun tiada lagi; kŭrna sagala pŭrkara yang lama itu tŭlah lalu. Maka bŭrkatalah orang yang dudok diatas arash itu, katanya, Bahwa sŭsungguhnya aku mŭnjadikan sagala pŭrkara itu bahru; sŭrta katanya padaku, Tulislah, kŭrna pŭrkataan inilah bŭnar dan sŭtiawan adanya. Maka bŭrkatalah iya padaku, Sudahlah habis. Bahwa aku Alif dan Ya, iya itu pŭrmulaan dan kasudahan. Maka aku handak mŭmbri kapada orang yang dahaga itu minum deri dalam mata ayer hayat dŭngan chuma chuma. Maka barang siapa yang mŭnang, iyalah kŭlak akan mŭmpusakai sagala sŭsuatu; akulah akan mŭnjadi Allahnya, maka iya kŭlak mŭnjadi anakku. Tŭtapi orang yang pŭnakot, dan yang tiada pŭrchaya, dan yang kŭji, dan yang mŭmbunoh, dan yang bŭrzinah, dan orang hubatan, dan yang mŭnyŭmbah bŭrhala, dan sagala orang yang dusta, akan bŭrulih bahgian marika itu kŭlak dalam tasik yang mŭnyala dŭngan api dan blerang, iya itu maut yang kadua.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami