Wahyu 21

21
Langit baru dan bumi baru
1 # Yes 65:17; 66:22; 2Ptr 3:13. Aku melihat langit baru dan bumi baru, kerana langit dan bumi yang lama telah lenyap, dan laut pun tiada lagi. 2#Yes 52:1. Why 3:12. Yes 61:10.Kemudian aku, Yohanes, melihat kota suci, Yerusalem Baru, diturunkan Allah dari syurga, seperti pengantin yang terhias untuk suaminya. 3#Yeh 37:27; Im 26:11,12.Aku mendengar suara lantang dari takhta berkata, “Lihatlah, tempat kediaman Allah sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Allah sendiri akan bersama mereka sebagai Allah mereka. 4#Yes 25:8. Yes 35:10; 65:19.Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.”
5Kemudian Dia yang bersemayam di atas takhta berkata, “Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru.” Dia berfirman kepadaku, “Tuliskanlah, kerana kata-kata ini benar dan tepat.” 6#Yes 55:1.Firman-Nya lagi, “Segalanya telah selesai! Akulah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir. Aku akan memberikan mata air hidup dengan percuma kepada sesiapa yang dahaga. 7#2Sam 7:14; Mzm 89:26,27.Sesiapa yang menang akan mewarisi segala-galanya. Aku Allahnya dan dia anak-Ku. 8Tetapi mereka yang pengecut, tidak beriman, durjana, pembunuh, melakukan yang cabul, ahli sihir, penyembah berhala dan semua pendusta akan dimasukkan ke dalam lautan yang menyala dengan api dan belerang. Inilah kematian kedua.”
9Kemudian satu daripada tujuh malaikat yang membawa tujuh mangkuk berisi tujuh wabak datang kepadaku dan berkata, “Marilah, aku akan menunjukkan kepadamu pengantin, isteri Anak Domba.”
Yerusalem yang baru
10 # Yeh 40:2. Dia membawaku dalam Roh ke sebuah gunung yang besar dan tinggi, lalu menunjukkan kepadaku kota yang agung, Yerusalem Yang Suci, diturunkan Allah dari syurga, 11dipenuhi kemuliaan Allah. Cahayanya seperti batu yang amat berharga, batu yaspis, jernih seperti hablur. 12#Yeh 48:30-35.Tembok kota itu besar dan tinggi, dan berpintu dua belas, maka pada dua belas pintu itu ada dua belas malaikat. Di pintu itu tersurat nama dua belas suku Israel. 13Di timur ada tiga pintu, di utara tiga pintu, di selatan tiga pintu, dan di barat tiga pintu. 14Tembok kota itu beralas dua belas, dan di atasnya ada dua belas nama, iaitu nama dua belas rasul Anak Domba.
15 # Yeh 40:3. Malaikat yang bertutur denganku itu memegang batang pengukur emas, untuk mengukur kota itu termasuk pintu dan temboknya. 16Kota itu empat persegi, panjangnya sama dengan lebarnya. Dia mengukur kota itu dengan batang pengukur, seribu empat ratus batu; panjang, lebar dan tingginya sama. 17Temboknya seratus empat puluh empat hasta, menurut ukuran manusia, juga ukuran malaikat. 18#Yes 54:11,12.#Tob 13:16,17.Tembok itu diperbuat daripada batu yaspis. Kota itu daripada emas tulen, seperti kaca yang jernih. 19Segala alas tembok kota itu dihiasi dengan pelbagai permata. Alas yang pertama yaspis, yang kedua batu nilam, yang ketiga batu akik putih, yang keempat zamrud, 20yang kelima batu unam, yang keenam akik merah, yang ketujuh ratna cempaka, yang kelapan firuz, yang kesembilan yakut kuning, yang kesepuluh akik hijau, yang kesebelas batu lazuardi, dan yang kedua belas batu kecubung. 21Dua belas pintu itu diperbuat daripada dua belas mutiara, iaitu setiap pintu itu sebutir mutiara yang sangat besar. Jalan di kota itu diperbuat daripada emas tulen, seperti kaca yang bening.
22Aku tidak melihat Bait Suci di dalamnya, kerana Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa dan Anak Domba ialah Bait Sucinya. 23#Yes 60:19,20.Kota itu tidak memerlukan sinaran matahari dan bulan, kerana kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu pelitanya. 24#Yes 60:3.Semua bangsa berjalan dalam cahayanya, dan raja-raja di bumi membawa kemuliaan mereka ke dalamnya. 25#Yes 60:11.Pintu gerbangnya tidak pernah ditutup pada siang hari kerana malam tiada lagi. 26Kemuliaan dan kehormatan segala bangsa akan dibawa ke dalamnya. 27#Yes 52:1; Yeh 44:9.Tiada sekali-kali masuk ke dalamnya sesuatu yang najis atau sesiapa yang melakukan perbuatan keji atau berdusta. Manusia yang masuk ke dalamnya hanyalah yang tersurat namanya di dalam Kitab Hidup Anak Domba.

Terpilih Sekarang Ini:

Wahyu 21: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami