Setelah itu Yesus pergi dari satu tempat ke tempat lain di Galilea. Dia tidak mahu pergi ke daerah Yudea kerana para penguasa Yahudi di sana hendak membunuh Dia. Pada masa itu hampir Perayaan Pondok Daun. Oleh itu, saudara-saudara Yesus berkata kepada-Nya, “Tinggalkanlah tempat ini dan pergilah ke Yudea, supaya pengikut-pengikutmu dapat melihat perbuatanmu. Tidak seorang pun menyembunyikan perbuatannya, jika dia ingin menjadi terkenal. Kamu sudah melakukan perkara-perkara seperti itu, biarlah seluruh dunia tahu akan kamu!” ( Saudara-saudara-Nya sendiri pun tidak percaya kepada-Nya.) Yesus berkata kepada mereka, “Saat-Ku belum tiba. Saat kamu bila-bila sahaja. Dunia ini tidak mempunyai alasan untuk membenci kamu. Tetapi dunia ini membenci Aku, kerana Aku sentiasa berkata kepada dunia bahawa perbuatannya jahat. Pergilah ke perayaan itu. Aku tidak pergi kerana saat-Ku belum tiba.” Demikianlah kata Yesus, lalu Dia tinggal di Galilea.
Baca YOHANES 7
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YOHANES 7:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video