YOHANES 7:1-9
YOHANES 7:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah itu Yesus pergi dari satu tempat ke tempat lain di Galilea. Dia tidak mahu pergi ke daerah Yudea kerana para penguasa Yahudi di sana hendak membunuh Dia. Pada masa itu hampir Perayaan Pondok Daun. Oleh itu, saudara-saudara Yesus berkata kepada-Nya, “Tinggalkanlah tempat ini dan pergilah ke Yudea, supaya pengikut-pengikutmu dapat melihat perbuatanmu. Tidak seorang pun menyembunyikan perbuatannya, jika dia ingin menjadi terkenal. Kamu sudah melakukan perkara-perkara seperti itu, biarlah seluruh dunia tahu akan kamu!” ( Saudara-saudara-Nya sendiri pun tidak percaya kepada-Nya.) Yesus berkata kepada mereka, “Saat-Ku belum tiba. Saat kamu bila-bila sahaja. Dunia ini tidak mempunyai alasan untuk membenci kamu. Tetapi dunia ini membenci Aku, kerana Aku sentiasa berkata kepada dunia bahawa perbuatannya jahat. Pergilah ke perayaan itu. Aku tidak pergi kerana saat-Ku belum tiba.” Demikianlah kata Yesus, lalu Dia tinggal di Galilea.
YOHANES 7:1-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BŬRMULA kumdian deripada sagala pŭrkara ini, maka diamlah Isa ditanah Galilia, kŭrna iya tiada mahu mŭngdiami tanah Yahuda, sŭbab orang Yahudi ada mŭnchari jalan handak mŭmbunoh akan dia. Maka hampirlah hari raya khemah orang Yahudi: Maka sŭbab itu bŭrkatalah adek kakak Isa, Undorlah angkau deri sini, pŭrgi kŭtanah Yahuda, supaya murid muridmu pun bulih mŭlihat sagala pŭrkara yang angkau pŭrbuat itu. Kŭrna sa’orang pun tiada bŭrbuat barang suatu pŭrkara dŭngan bŭrsŭmbunyi, kalan iya handak mŭmashorkan akan dirinya; maka jikalau angkau bŭrbuat sagala pŭrkara ini, nyatakanlah dirimu dihadapan sagala manusia. Kŭrna adek kakaknya pun tiada pŭrchaya akan dia. Sŭtlah itu maka bŭrkatalah Isa kapada marika itu, Adapun waktuku bŭlom lagi sampie, tŭtapi waktu kamu itu barang bila pun ada sŭdia Bahwa tiada bulih dibŭnchikan ulih isi dunia ini akan kamu, tŭtapi aku dibŭnchikannya, sŭbab aku mŭnjadi saksi deri halnya, bahwa sagala pŭrbuatannya itu jahat adanya. Pŭrgilah kamu supaya mŭndapati hari raya ini: Aku tiada handak pŭrgi skarang pada hari raya ini, kŭrna kutikaku bŭlom lagi sampie gŭnap. Adapun sŭtlah sudah Isa mŭngatakan sagala pŭrkara ini kapada marika itu, maka tinggallah iya diGalilia.
YOHANES 7:1-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, Yesus pergi berjalan di Galilea. Dia tidak pergi ke daerah Yudea kerana orang Yahudi di situ berniat hendak membunuh-Nya. Ketika itu perayaan orang Yahudi, iaitu Perayaan Pondok Daun hampir tiba. Oleh itu, saudara-saudara Yesus berkata kepada-Nya, “Beredarlah dari sini ke Yudea, supaya murid-murid-Mu dapat melihat perbuatan-Mu. Orang tidak menyembunyikan perbuatannya kalau ingin menjadi ternama. Kerana Kamu sudah melakukan perkara-perkara ini, biarlah diri-Mu dikenal orang di dunia.” Saudara-saudara Yesus sendiri tidak percaya kepada-Nya. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Saat-Ku belum sampai lagi. Saatmu bila-bila sahaja. Dunia ini tiada sebab untuk membencimu. Tetapi dunia membenci-Ku, kerana Aku memberikan kesaksian tentangnya bahawa kerjanya durjana. Pergilah menyambut perayaan itu. Aku tidak pergi kerana saat-Ku belum sampai sepenuhnya.” Setelah berkata demikian, Yesus tetap tinggal di Galilea.