Amsal 4:1-9
Amsal 4:1-9 AVB
Hai anak-anakku, dengarlah didikan seorang ayah dan perhatikanlah, supaya engkau memperoleh pengertian. Jangan abaikan peraturanku kerana aku memberimu ajaran yang baik. Ketika aku masih kanak-kanak dan tinggal bersama ayahku, masih kecil, dan anak tunggal bagi ibuku, ayahku mengajarku, katanya, “Pegang teguh kata-kataku dalam hatimu. Patuhilah perintah-perintahku, maka engkau akan hidup. Perolehlah hikmah! Perolehlah pengertian! Jangan lupakan, dan jangan menyimpang daripada kata-kata mulutku. Jangan abaikan hikmah, maka hikmah akan memelihara kamu; kasihilah ia, maka ia akan menjaga kamu. Hikmah adalah yang paling utama. Perolehlah hikmah dan dengan segala pemerolehanmu itu, perolehlah pengertian. Junjung tinggi hikmah, maka hikmah akan meninggikanmu. Ia akan menjadikan kamu terhormat jika engkau mendakapnya. Ia akan meliliti kepalamu dengan karangan bunga yang indah, dan akan mengurniakan kepadamu mahkota kemuliaan.”


