Amsal 4

4
Nasihat untuk memilih kebenaran
1Hai anak-anakku, dengarlah didikan seorang ayah
dan perhatikanlah, supaya engkau memperoleh pengertian.
2Jangan abaikan peraturanku
kerana aku memberimu ajaran yang baik.
3Ketika aku masih kanak-kanak dan tinggal bersama ayahku, masih kecil,
dan anak tunggal bagi ibuku,
4ayahku mengajarku, katanya, “Pegang teguh kata-kataku dalam hatimu.
Patuhilah perintah-perintahku, maka engkau akan hidup.
5Perolehlah hikmah! Perolehlah pengertian!
Jangan lupakan, dan jangan menyimpang daripada kata-kata mulutku.
6Jangan abaikan hikmah, maka hikmah akan memelihara kamu;
kasihilah ia, maka ia akan menjaga kamu.
7Hikmah adalah yang paling utama. Perolehlah hikmah
dan dengan segala pemerolehanmu itu, perolehlah pengertian.
8Junjung tinggi hikmah, maka hikmah akan meninggikanmu.
Ia akan menjadikan kamu terhormat jika engkau mendakapnya.
9Ia akan meliliti kepalamu dengan karangan bunga yang indah,
dan akan mengurniakan kepadamu mahkota kemuliaan.”
10Hai anakku, dengarlah dan terimalah kata-kataku,
supaya banyak pula tahun hidupmu.
11Aku telah menunjukkan kepadamu jalan hikmah,
dan aku telah membimbingmu di jalan-jalan yang lurus.
12Apabila engkau berjalan, langkahmu tidak akan terhalang,
dan jika engkau berlari, engkau tidak akan tersandung.
13Peganglah didikan, jangan lepaskan;
peliharalah ia, kerana ia hidupmu.
14Jangan masuki lorong orang durjana,
dan jangan ikuti jalan orang yang jahat.
15Jauhilah jalan itu, jangan lalui.
Menyimpanglah dari jalan itu, dan teruskanlah perjalananmu.
16Kerana mereka itu tidak dapat tidur
selagi mereka belum melakukan kejahatan,
dan mereka tidak mungkin lena jika
belum membuat seseorang tersandung.
17Mereka makan roti kedurjanaan
dan minum air anggur keganasan.
18Sebaliknya jalan orang benar seperti cahaya fajar,
yang semakin benderang hingga puncak siang hari.
19Jalan orang durjana pula seperti kegelapan yang pekat;
lantas mereka tidak tahu apa yang membuat mereka tersandung.
20Hai anakku, perhatikanlah ucapanku,
arahkanlah telingamu kepada kata-kataku.
21Jangan biarkan semua itu luput daripada pandanganmu,
simpanlah segalanya itu dalam hatimu.
22Kerana sesiapa menemukannya memperoleh hidup
dan kesembuhan bagi seluruh tubuhnya.
23Jagalah hatimu lebih daripada segalanya,
kerana dari situlah terpancar mata air kehidupan.
24Buanglah penipuan daripada mulutmu,
dan jauhkanlah bibir mungkar daripadamu.
25Hendaklah matamu memandang ke hadapan,
dan tatapanmu lurus ke arah di depanmu.
26 # Ibr 12:13. Ratakanlah jalan bagi kakimu,
pastikan segala jalanmu akan teguh.
27Janganlah menyimpang ke kanan atau ke kiri;
jauhkanlah kakimu daripada kejahatan.

Terpilih Sekarang Ini:

Amsal 4: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami