Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi. Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah. Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih. Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran. Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba — yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan Kristus dan Allah. Jangan tertipu dengan kata-kata kosong, kerana itulah sebabnya kemurkaan Allah menimpa anak-anak derhaka. Oleh itu, janganlah kamu sepakat dengan mereka. Kerana dahulu kamu gelap tetapi sekarang sudah menjadi cahaya dalam Tuhan. Hiduplah sebagai anak-anak cahaya (kerana yang dihasilkan oleh cahaya terdapat dalam segala yang baik, wajar dan benar)
Baca Efesus 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Efesus 5:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video