Efesus 5

5
1Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi. 2#Kel 29:18; Mzm 40:6.Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.
3Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih. 4Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran. 5Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba — yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan Kristus dan Allah.
6Jangan tertipu dengan kata-kata kosong, kerana itulah sebabnya kemurkaan Allah menimpa anak-anak derhaka. 7Oleh itu, janganlah kamu sepakat dengan mereka. 8Kerana dahulu kamu gelap tetapi sekarang sudah menjadi cahaya dalam Tuhan. Hiduplah sebagai anak-anak cahaya 9(kerana yang dihasilkan oleh cahaya terdapat dalam segala yang baik, wajar dan benar), 10maka kajilah apa yang diredai oleh Tuhan. 11Jangan bersubahat dengan perbuatan gelap yang tidak berfaedah, sebaliknya dedahkan perbuatan itu. 12Sebabnya perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka secara rahsia itu, jika disebut pun adalah memalukan. 13Tetapi segala yang didedahkan itu dinyatakan oleh cahaya, kerana yang menyatakan adalah cahaya. 14Oleh itu, firman Tuhan:
“Bangunlah, hai kamu yang tidur,
bangkit daripada kematian,
dan Kristus akan memberimu cahaya.”
15Hiduplah dengan hati-hati — bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, 16#Kol 4:5.dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana. 17Dengan demikian, janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan.
18Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. 19#Kol 3:16,17.Berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu. 20Sentiasalah bersyukur atas segala-galanya kepada Allah Bapa dengan nama Tuhan kita Yesus Kristus.
21Tunduklah kepada satu sama lain dengan bertakwa#5:21 Bertakwa bererti menaruh perasaan takut, hormat dan kasih kepada Tuhan. kepada Kristus.
Suami dan isteri
22 # Kol 3:18; 1Ptr 3:1. Isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan. 23Kerana suami adalah kepala kepada isteri sebagaimana Kristus kepala jemaah dan Penyelamat tubuh itu. 24Oleh itu, sebagaimana jemaah tunduk kepada Kristus, begitulah juga isteri terhadap suaminya dalam segala hal.
25 # Kol 3:19; 1Ptr 3:7. Suami, kasihilah isterimu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-Nya untuk jemaah. 26Dengan demikian, Dia dapat menyucikan dan membersihkan jemaah dengan air melalui firman, 27dan menghadapkannya kepada diri-Nya sebagai jemaah yang mulia, tanpa cela atau kerut, tetapi suci dan tidak bercela. 28Demikian juga, suami harus mengasihi isterinya seperti tubuhnya, lelaki yang mengasihi isterinya itu mengasihi dirinya sendiri. 29Tiada sesiapa pun pernah membenci tubuhnya sendiri, tetapi memelihara dan menyayanginya, seperti yang dilakukan oleh Kristus kepada jemaah — 30kerana kita adalah anggota tubuh-Nya. 31#Kej 2:24.“Oleh sebab itu, seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu.” 32Ini adalah suatu rahsia besar — tetapi aku bercakap tentang Kristus dan jemaah. 33Walau bagaimanapun, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasihi isterinya seperti dirinya sendiri, dan isteri hendaklah menghormati suaminya.

Terpilih Sekarang Ini:

Efesus 5: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami