Hasil carian untuk: purity
1 TIMOTIUS 4:12 (BM)
Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda. Sebaliknya, hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya kepada Kristus dengan percakapanmu, kelakuanmu, kasihmu untuk orang lain, imanmu kepada Kristus dan cara hidupmu yang suci.
MAZMUR 119:9 (BM)
Bagaimanakah seorang pemuda dapat hidup suci? Dia dapat hidup suci dengan mentaati perintah-Mu.
FILIPI 4:8 (BM)
Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.
1 KORINTUS 6:19 (BM)
Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah.
1 KORINTUS 6:20 (BM)
Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.
MAZMUR 51:10 (BM)
Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan, agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan, akan menjadi gembira semula.
2 KORINTUS 7:1 (BM)
Sahabat-sahabat yang aku kasihi, Allah menjanjikan semua itu kepada kita. Oleh itu kita harus menyucikan diri daripada segala yang menajiskan jiwa dan raga kita. Hendaklah kita takut akan Allah, supaya kita dapat mengamalkan hidup yang khas untuk Dia dengan sepenuhnya.
1 TESALONIKA 4:3 (BM)
Inilah kehendak Allah bagi kamu: Hendaklah kamu mengamalkan hidup yang suci, dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang cabul.
1 TESALONIKA 4:4 (BM)
Setiap orang lelaki antara kamu harus tahu bagaimana hidup bersama-sama isterinya dengan cara yang menyenangkan hati Allah dan manusia,
1 TESALONIKA 4:8 (BM)
Oleh itu, orang yang menolak ajaran ini, bukannya menolak manusia, tetapi menolak Allah yang mengurniai kamu Roh-Nya yang suci.
2 TIMOTIUS 2:22 (BM)
Jauhkanlah diri daripada nafsu orang muda. Berusahalah untuk hidup menurut kehendak Allah, setia kepada-Nya, mengasihi saudara seiman, dan hidup damai dengan mereka. Lakukanlah semua perkara itu bersama-sama mereka yang meminta pertolongan Tuhan dengan hati yang tulus.
1 KORINTUS 6:18 (BM)
Jauhkanlah diri kamu daripada perbuatan cabul. Semua dosa lain yang dilakukan orang, tidak dilakukan terhadap tubuh mereka. Tetapi seseorang yang melakukan perbuatan cabul, berdosa terhadap tubuhnya sendiri!
EFESUS 5:3 (BM)
Kerana kamu umat Allah, tidak sepatutnya perbuatan yang cabul atau tidak senonoh, ataupun ketamakan berlaku antara kamu, supaya orang tidak mempunyai alasan untuk mengumpat kamu.
1 TESALONIKA 4:5 (BM)
serta tidak mengikut hawa nafsu, seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Allah.
1 TESALONIKA 4:7 (BM)
Allah tidak memanggil kita supaya hidup cabul, tetapi supaya kita hidup dengan cara yang menyenangkan hati Allah.
MAZMUR 119:11 (BM)
Aku menyimpan hukum-Mu dalam hatiku, supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.
ROMA 6:23 (BM)
Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.
ROMA 8:6 (BM)
Jika fikiran kamu dikuasai oleh tabiat manusia, hal itu mengakibatkan kematian. Tetapi jika fikiran kamu dikuasai oleh Roh Allah, Allah akan mengurniai kamu hidup dan kedamaian.
2 KORINTUS 10:5 (BM)
dan mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus.
FILIPI 4:9 (BM)
Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu.
IBRANI 4:16 (BM)
Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan.
YAKOBUS 1:14 (BM)
Seseorang tergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat.
YAKOBUS 1:21 (BM)
Oleh itu, buanglah segala kebiasaan buruk dan kelakuan yang jahat. Berserahlah kepada Allah dan terimalah firman yang ditanam-Nya di dalam hati kamu, kerana firman itu dapat menyelamatkan kamu.
YAKOBUS 4:7 (BM)
Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu.
YAKOBUS 4:8 (BM)
Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai kamu yang berdosa! Sucikanlah hati kamu, hai kamu yang munafik!