Hasil carian untuk: mercy

IBRANI 4:16 (BM)

Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan.

YAKOBUS 2:13 (BM)

Hal itu demikian kerana pada masa Allah menghakimi manusia, Dia tidak akan mengasihani orang yang tidak berbelas kasihan. Tetapi orang yang berbelas kasihan tidak akan dihukum oleh Allah.

RATAPAN 3:22 (BM)

Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan;

RATAPAN 3:23 (BM)

selalu baru setiap pagi, sesungguhnya Dia setia!

EFESUS 2:4 (BM)

Tetapi Allah sangat berbelas kasihan dan Dia sangat mengasihi kita,

EFESUS 2:5 (BM)

sehingga sementara kita mati secara rohani kerana pelanggaran kita, Dia menghidupkan kita semula bersama-sama Kristus. Kamu sudah diselamatkan oleh rahmat Allah.

MAZMUR 51:1 (BM)

Untuk pemimpin koir. Mazmur Raja Daud

LUKAS 6:36 (BM)

Hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa kamu berbelas kasihan juga!”

TITUS 3:5 (BM)

Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Allah menyelamatkan kita melalui Roh-Nya, yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita.

MAZMUR 51:2 (BM)

setelah baginda ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba.

RATAPAN 3:24 (BM)

TUHAN sahaja yang aku punyai, oleh itu aku berharap kepada-Nya.

MIKHA 6:8 (BM)

Sekali-kali tidak! TUHAN telah memberitahu kita apa yang baik. Perkara yang dituntut oleh TUHAN daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.

LUKAS 6:35 (BM)

Bukan demikian! Hendaklah kamu mengasihi musuh kamu dan berbuat baik kepada mereka. Berikan pinjaman dan jangan harap pinjaman itu dikembalikan. Lalu kamu akan mendapat pahala besar dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi. Allah baik kepada orang yang tidak tahu berterima kasih dan orang jahat.

EFESUS 2:6 (BM)

Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah menghidupkan kita semula bersama-sama Dia supaya kita memerintah dengan Kristus di syurga.

IBRANI 4:15 (BM)

Imam Agung kita ini bukanlah imam yang tidak dapat bersimpati terhadap segala kelemahan kita. Sebaliknya, kita mempunyai Imam Agung yang pernah dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, tetapi Dia tidak berbuat dosa!

YAKOBUS 2:12 (BM)

Bercakaplah dan bertindaklah sebagai orang yang akan diadili oleh Allah menurut hukum yang membebaskan manusia.

1 PETRUS 1:3 (BM)

Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita.

ROMA 9:15 (BM)

Allah berfirman kepada Musa, “Aku akan merahmati orang yang hendak Aku rahmati, dan Aku akan mengasihani orang yang hendak Aku kasihani.”

ROMA 9:16 (BM)

Oleh itu, keputusan Allah tidak bergantung kepada kehendak atau perbuatan manusia, tetapi hanya kepada belas kasihan Allah.

1 TIMOTIUS 1:16 (BM)

tetapi justeru kerana itulah Allah mengasihani aku, supaya Kristus Yesus dapat menunjukkan kesabaran dengan sepenuhnya terhadap aku, orang yang paling berdosa. Hal ini menjadi contoh untuk semua orang yang kelak akan percaya kepada-Nya dan mendapat hidup sejati dan kekal.

AMSAL 28:13 (BM)

Sesiapa menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Sesiapa mengakui dan meninggalkan dosanya, akan dikasihani Allah.

RATAPAN 3:21 (BM)

Namun harapanku bangkit kembali apabila aku teringat akan perkara ini:

MAZMUR 103:8 (BM)

TUHAN pengasih dan penyayang, panjang sabar, dan penuh dengan kasih.

MAZMUR 103:10 (BM)

Dia tidak menghukum kita setimpal dengan dosa kita, Dia tidak membalas kita setimpal dengan kesalahan kita.

MAZMUR 103:11 (BM)

Tetapi setinggi langit dari bumi, setinggi itu juga kasih-Nya kepada orang yang menghormati-Nya.