Info Pelan

The Quest (Pencarian)Sampel

The Quest

HARI 4 DARIPADA 7

Siapa yang anda makin percaya tentang Allah dan, dalam terang-Nya, percaya tentang diri anda bukan sahaja asas keintiman, ia menjadi asas kemenangan. Baca semula Ulangan 33:29 dan anda akan melihat tali pintal kemenangan dan identiti terikat bersama-sama dengan kuat. Dengan perisai dan pedang Allah sajalah mereka berupaya memijak-mijak musuh mereka.



Persamaan bagi orang percaya Perjanjian Baru dalam Efesus 6:10-17 adalah sungguh indah.



Ikatkan bersama-sama di sini:



Setiap kekalahan anak Allah dalam pertempuran boleh disebabkan oleh dua perkara:



1) apa yang kita belum pelajari atau 2) bagaimana kita telah diperdaya. Kemenangan dan kekalahan kita didorong oleh kepercayaan kita. Demikian juga kedalaman keintiman kita dengan Allah.



Setiap kali kita memilih dosa, kita bertindak kerana dusta yang biasanya kedengaran seperti ini: Dunia ini ialah pemberi dan Allah ialah penerima. Alkitab merupakan tapak pasti kita tentang apa yang benar tentang Allah, tentang diri kita, masa lampau kita, masa depan kita, tentang orang lain, tentang musuh kita, tentang dunia ini dan dunia seterusnya. Demi berjalan dalam kebenaran sebagai anak Allah dan berupaya mengesan dusta yang dibuat dengan baik oleh ular, mula menduga kepercayaan anda dengan ujian ini: Siapa yang memberitahukan? Pastor, gembala, dan guru merupakan kurnia kepada kita, dan kita dimaksudkan untuk bertumbuh di bawah ajaran mereka. Walau bagaimanapun, mereka boleh diharapkan setakat mana kata-kata mereka sejajar dengan apa yang dikatakan Allah. 



Kita jelas tidak mempelajari identiti kita daripada pastor dan guru sahaja.



Identiti kita juga dibentuk oleh ibu bapa, adik-beradik, kawan sebaya, jurulatih, penguatkuasa undang-undang, sekolah, pengalaman, alam sekitar, dan ketakutan. Satu contoh temu bual untuk menjelaskan hujah ini:



Ceritakan beberapa perkara tentang diri anda. Saya bodoh. Saya sangat malang. Saya cuai. Saya tidak cekap dengan pengurusan kewangan. Saya suka duduk di rumah. Saya tidak mudah disayangi. Saya tidak berakal. Saya adalah suatu kegagalan.



Siapa yang memberitahu anda semua itu? Ibu saya.



Ataupun bekas pacar anda? Rakan sekelas anda? Penyakit anda? Bicara diri anda?



Demi berjalan dalam kebenaran dengan tulang yang sihat, setiap "Siapa yang memberitahukan?" perlu dikesan kembali kepada Allah dalam Alkitab, dan, jika ia tak kongruen, ia harus dibuang. Adam dan Hawa terperdaya oleh satu dusta dan menangkap bangsa manusia kembali kepada tanah bersama mereka. Kekalahan mereka adalah cepat dan teruk dan semuanya kerana identiti yang palsu. Penipuan selalunya pencuri.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

The Quest

Dalam pelan bacaan 7 hari ini, Beth Moore menggunakan soalan daripada Alkitab untuk memimpin anda kepada keintiman dengan yang Satu yang mengenali anda dengan baik sekali. Tanda baca yang melengkung pada hujung ayat memb...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Beth Moore dan LifeWay Women kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.lifeway.com/thequest

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami