Info Pelan

Rancangan Pertempuran Bagi Perang RohaniSampel

Spiritual Warfare Battle Plan

HARI 3 DARIPADA 5

HARI 3: Rasa Ketakutan Palsu



Ketakutan mula memenuhi jiwa saya semasa kecil. Saya ingat dengan jelas melihat roh ketakutan di bilik tidur saya pada kebanyakan malam dan menjerit-jerit mahukan ibu saya. Ibu saya datang dengan penyapu dan mengusirnya, berfikir bahawa ia cumalah imaginasi saya yang terlalu aktif. Namun, ia sentiasa kembali dengan melampau-lampau.



Sebagai orang dewasa, selepas mengalami banyak peristiwa traumatik, ketakutan menguasai kehidupan saya. Rasa ketakutan palsu bukan perasaan semata-mata. Saya mempunyai terlalu banyak roh ketakutan yang telah meninggalkan kesan pada setiap lingkungan kehidupan saya dan ditunjukkan dalam pelbagai cara.



Ketakutan ialah nemesis anda. Ia merupakan senjata utama di tangan musuh yang mencabar janji Allah dalam kehidupan anda. Ketakutan timbul untuk menghalang anda daripada maju dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda boleh dibebaskan daripada kubunya dalam minda anda. Anda boleh berkuasa atas ketakutan apabila ia cuba bangkit menentang jiwa anda.



Bapa, dalam nama Yesus saya datang kepada-Mu untuk bertaubat kerana mengalah kepada rasa takut. Saya menegur roh ketakutan yang cuba memerangkap saya, mencuri iman saya, merampas kedamaian saya, dan memenuhi saya dengan kerisauan, dalam nama Kristus. Saya memilih iman, kepercayaan, dan kasih. Saya takut akan Tuhan dan mempercayai-Nya sahaja, dalam nama Kristus. Amin.



   


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Spiritual Warfare Battle Plan

Melalui ajaran berkuasa ini anda akan menemui pemahaman yang lebih mendalam tentang cara merancang strategi untuk mengakali dan mengalahkan musuh serta menghalang rancangannya untuk memusnahkan kehidupan anda.  

Kami mengucapkan terima kasih kepada Charisma House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bit.ly/spiritualwarfarebattleplan

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami