Perumpamaan YesusSampel

The Parables of Jesus

HARI 27 DARIPADA 36

PEKERJA DI LADANG ANGGUR
Apabila anda membaca ini, pihak yang manakah akan anda menyebelahi, pemilik ladang anggur atau pekerjanya? Adakah anda berdebat bahawa upah itu tidak harus sama, atau mempertahankan pemilik ladang anggur itu kerana membayar upah yang dijanjikan?

Perumpamaan ini bertujuan mendedahkan perasaan kita tentang usaha kita dan penerimaan Allah. Efesus 2:9 (TB) mengingatkan kita bahawa keselamatan "bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri." Namun, ramai orang ingin sekali bercakap besar tentang pekerjaan mereka untuk Allah, dan menuntut bayaran yang "adil" untuk usaha "baik" itu!

Pemilik ladang anggur dalam cerita ini adalah adil dan saksama; dia memberikan setiap pekerja apa yang telah dijanjikan, dan sekehendak hatinya. Allah, dalam cara yang sama, memberikan kasih karunia dan belas kasihan bukan kerana usaha kita tetapi kerana kasih-Nya. Walau bagaimanapun, apa jenis pekerja anda? Adakah kita melihat kerja kita sebagai lebih baik daripada orang lain, dan menjangkakan ganjaran yang lebih besar? Adakah kita melihat orang lain melakukan kurang daripada kita dan menerima kasih karunia yang sama dengan kita, dan ingin menghentakkan kaki dan membantah?

Ataupun, adakah kita bersyukur terhadap Allah kerana menerima kita sama sekali? Adakah kita mengingati bahawa Dia tidak terhutang apa-apa kepada kita, namun, memberikan kita segala sesuatu? Kasih karunia dan belas kasihan Allah tiada batasnya, maka, janganlah rasa cemburu dan kecewa akan cara dan jumlah ia diberikan kepada orang lain. Sebaliknya, marilah kita terus bersukacita kerana Allah telah memilih kita!

Perihal Pelan

The Parables of Jesus

Pelan ini akan menjelaskan perumpamaan Yesus, menerokai maksud beberapa pengajaran utama-Nya kepada anda! Berbilang hari mengejar kemajuan membenarkan pembaca untuk mengikuti pelan dan mempunyai masa untuk merenungkannya serta didorong oleh kasih dan kuasa Yesus!

More

We would like to thank Trinity New Life Church for this plan. For more information, please visit: http://www.trinitynewlife.com/