Perumpamaan YesusSampel

The Parables of Jesus

HARI 13 DARIPADA 36

LALANG DI ANTARA TUMBUHAN YANG BAIK, MEMISAHKAN IKAN
Kedua-dua perumpamaan ini menunjukkan kepada kita bahawa kehadiran gereja, meskipun kehadiran sepanjang hayat, tidak sentiasa sama dengan hati yang diperbaharui dan hubungan dengan Yesus. Jadi, kita harus menilai hati kita untuk memastikan bahawa kita bergantung kepada Kristus, bukannya kepada "keKristianan" kita, untuk keselamatan.

Pernahkah anda mendapati diri mengatakan, "Oh, saya sudah lama menjadi seorang Kristian," atau "Oh, saya sentiasa pergi ke gereja" apabila ditanya tentang kesaksian anda? Adakah pengetahuan anda tentang Alkitab lebih penting daripada hubungan anda dengan Krsitus? Adakah anda mendapati diri berasa senang hati kerana anda jarang melanggar hukum, berbanding memupuk keinginan akan kekudusan? Adakah anda cuba "kekal selamat" dan bukannya menjadikan orang lain murid serta memajukan Kerajaan Allah?

Perumpamaan ini bukanlah alasan untuk mengelakkan dosa yang jelas dan terang-terangan di gereja. Pemimpin gereja seharusnya menegur dosa tersebut dalam kehidupan ahli gereja. Akan tetapi, daripada menjadi detektif rohani dan menugaskan diri untuk mencari "lalang" di dalam gereja kita dan gereja di sekeliling kita, kita harus menilai hati sendiri untuk melihat sama ada terdapat lalang yang tumbuh dalam hati kita!

Perihal Pelan

The Parables of Jesus

Pelan ini akan menjelaskan perumpamaan Yesus, menerokai maksud beberapa pengajaran utama-Nya kepada anda! Berbilang hari mengejar kemajuan membenarkan pembaca untuk mengikuti pelan dan mempunyai masa untuk merenungkannya serta didorong oleh kasih dan kuasa Yesus!

More

We would like to thank Trinity New Life Church for this plan. For more information, please visit: http://www.trinitynewlife.com/