Info Pelan

Cerita NatalSampel

The Christmas Story

HARI 1 DARIPADA 5

Hiburkanlah Umat-Ku

Cerita Natal dipenuhi kejutan. Sepanjang lima hari seterusnya, kita akan membongkar pemutarbalikkan catatan purba ini dan menyedari maksudnya terhadap kita sekarang ini. 


Pernahkah anda rasa bahawa Allah itu berjauhan? Mungkin anda rasa Dia diam atau tidak melihat apa yang sedang anda hadapi. Jika ya, anda tidak keseorangan. 


Bayangkan anda ialah sebahagian daripada komuniti yang telah diserang oleh musuh. Mereka memerintah negara anda dan menjadikan kehidupan anda sengsara. Semasa membesar anda mendengar tentang kasih Allah terhadap bangsa anda. Namun, dengan peredaran masa, anda mungkin tertanya-tanya, Adakah Allah betul-betul menyertai kita? 


Ini mungkinlah perasaan banyak orang di Israel purba sebelum kedatangan Yesus. Mereka ditindas dan dianiayai oleh beberapa pemerintah yang korup. Walau bagaimanapun, banyak orang yang mempercayai Allah akan mengutus seorang Penyelamat untuk membebaskan mereka dan memulihkan mereka. 


Kadang-kadang adakah anda berdoa dan menantikan sesuatu perubahan tetapi tidak yakin jika Allah akan memberikan respons? Jika ya, anda mungkin memahami perasaan orang Israel tersebut. Meskipun dalam penantian mereka, Allah menyertai mereka. 


Walau bagaimanapun, Allah tidak menunggu sahaja. Dia bekerja di sebalik tabir untuk melakukan sesuatu yang lebih mengejutkan dan lebih mengagumkan daripada apa-apa yang dapat kita bayangkan. 


Dia tidak mengutus seorang Penyelamat sahaja. Dia sendiri telah datang. Namun, bukan sebagai pemerintah yang berkuasa atau wira yang kuat. Sebaliknya, Dia merendahkan diri, menjadi seorang bayi dalam rahim seorang perempuan muda bernama Maria. 


Jika anda pernah tertanya-tanya jika Allah menyertai anda, fikirlah tentang cerita Natal. Disebabkan Allah sentiasa ada dan bekerja, meskipun semasa kita tidak melihatnya. 


Doa: Ya Allah, Terima kasih kerana menyertai kami. Tolonglah saya untuk mempercayai-Mu walaupun semasa saya tidak merasai hadirat-Mu. Tolonglah saya untuk berasa yakin dalam kasih-Mu semasa saya merenungkan cerita Natal yang menakjubkan itu. Dalam nama Yesus, amin.


Hari 2

Perihal Pelan

The Christmas Story

Setiap cerita yang baik mempunyai pemutarbalikkan plot—sesuatu yang tidak dijangkakan yang mengubah segala sesuatu. Salah satu pemutarbalikkan plot yang terbesar dalam Alkitab ialah cerita Natal. Sepanjang lima hari yang...

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan Pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami