Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah DugaanSampel

Yakobus memberitahu kita untuk anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila mengalami dugaan? Apakah itu kebahagiaan? Bagaimanakah kita menemuinya semasa menghadapi dugaan?
Baru-baru ini saya menghabiskan sebulan lebih membaca dan menyelidiki sukacita, dan selepas semua penyelidikan itu, saya memperoleh definisi yang mudah ini:
Kita menemui sukacita apabila kita menempatkan HARAPAN kita pada Yesus dan mempercayai Dia.
Sukacita datang daripada beriman dan mempercayai Allah, mempercayai rancangan Allah bagi dugaan itu, dan mempercayai Allah dalam perjalanan itu. Bukan kepercayaan sahaja malah mempercayai serta beriman bahawa Dia mengetahui gambaran keseluruhan dan membawa kita sepanjang perjalanan itu demi tujuan dan kemuliaan-Nya.
Adakah anda mempercayai Allah dengan dugaan anda? Adakah anda beriman kepada Dia? Berterus-teranglah kepada diri sendiri.
Saya bercakap dengan banyak orang setiap minggu yang mengatasi dugaan mengasihi seseorang penagih. Kita mempunyai ketakutan yang sama bagi orang yang dikasihi: dos berlebihan. Saya rasa itulah satu sebabnya banyak ibu, bapa, dan pasangan percaya bahawa pergelutan orang yang dikasihi itu ialah perjuangan mereka. Kita takut mereka akan bergelandangan di jalan-jalan dan mati!
Pada hakikatnya, ketagihan sama ada berakhir dengan pemulihan, institusi, atau kematian. Walau bagaimanapun, jika dos berlebihan diambil, kita mesti beriman dalam rancangan Allah. Kita mesti mempercayai-Nya. Dalam kepercayaan itulah terletaknya sukacita.
Perihal Pelan

Kita mungkin tidak selalu melihat atau merasainya, tetapi Allah sentiasa menyertai kita... walaupun ketika kita menghadapi kesusahan. Dalam pelan ini, Penyelaras Finding Hope Amy LaRue menulis dengan sungguh ikhlas tentang pergelutan keluarganya dengan ketagihan dan bagaimana sukacita Allah telah menembusi waktu mereka yang paling gelap.
More
Pelan yang Berkaitan

Benih: Apa dan Mengapa

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Bangkitlah dan Bersinarlah

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Dimeterai - Bahagian 1
