Info Pelan

Mengasihi dan Terus MengasihiSampel

Love and Keep Loving

HARI 2 DARIPADA 3

Bahasa yang Tidak Diketahui

"Kalaupun aku dapat bertutur dalam semua lidah manusia, malah bahasa malaikat juga, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku hanya seperti gong tembaga yang berbunyi bising atau genta yang berdentang." 1 Korintus 13:1 AVB


Beberapa bulan lalu, saya melawat beberapa negara dengan keluarga saya, dan salah sebuah tempat itu bertutur dalam bahasa yang tidak diketahui saya. Keadaan itu menakutkan saya kerana orang di sekeliling saya berbual dalam bahasa asing yang saya tidak fahami. Mendengar atau meminta seseorang menunjukkan arah adalah agak mencabar. Syukurlah kerana teknologi yang cemerlang, saya dapat mengimbas papan tanda dan teks lalu menterjemahkannya kepada Bahasa Inggeris.


Ini mengingatkan saya bahawa ada kalanya kasih menjadi bahasa yang tidak diketahui apabila kita tidak tahu tentang sumbernya. Kadang-kadang, kita menjalani hidup seperti saya bercuti dengan pengimbas, cuba mentafsirkan segala sesuatu atau menentukan tempat yang harus ditujui, semasa mengasihi orang lain. Pengimbas membenarkan saya untuk memahami teks tetapi tidak membolehkan saya untuk bertutur dalam bahasa itu.


Mengetahui sumber kasih menandakan mengenali Allah. Terdapat banyak cara untuk menunjukkan kasih terhadap orang lain, tetapi tanpa hubungan dengan Allah, kita akan cuba membuat tafsiran dengan kekuatan sendiri berkenaan apa yang harus dilakukan atau cara untuk menunjukkan kasih ini. Salah satu sifat orang yang mengikuti Yesus ialah kasih. Sungguh pentingnya mengingati kata-kata Yesus, semasa Dia berkata bahawa semua orang akan tahu bahawa kita ialah murid-Nya melalui ini: jika anda saling mengasihi. Kita sering tertanya-tanya mengapa orang lain tidak ingin mengetahui apa-apa tentang keKristianan. Mungkinkah kerana kita tidak saling mengasihi? Adoi!


Saya fikir salah satu cabaran yang paling besar yang saya hadapi dalam pelayanan ialah mengingatkan orang lain bahawa kita mesti saling mengasihi, dan untuk berbuat demikian, kita tidak boleh mengasihi dengan kekuatan sendiri, dalam pentafsiran kita akan kasih; kita mesti selalu mendekati sumber kasih setiap hari. Kasih hadir sebelum peraturan; kasih hadir sebelum perubahan; sebenarnya, saya rasa tanpa kasih, anda tidak akan melihat perubahan. Orang yang mengasihi seperti Yesus betul-betul meninggalkan kesan yang bertahan lebih lama dalam hidup orang lain berbanding dengan orang yang mendesak untuk hidup seperti Yesus.


Hari ini, jemputan saya ialah kembalilah kepada sumber kasih untuk menyatakan kasih yang membuat kita dikenali sebagai murid-Nya. Mintalah Allah untuk idea yang kreatif untuk mengasihi orang yang perlu melihat bahawa kasih adalah nyata. Jemputlah mereka untuk makan tengah hari, hantarlah mesej kesyukuran kepada mereka, dan berkati hidup mereka dalam cara yang betul-betul menggemakan bahawa kasih Allah adalah tetap dan nyata dalam hidup anda; oleh itu, anda boleh memperkenalkan Kristus kepada orang lain.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Love and Keep Loving

Meraikan kasih melewati tarikh tertentu; meraikan kasih merupakan hidup yang sentiasa mengingatkan orang lain bahawa kasih Allah datang untuk menyembuh, memulih, dan memberikan kita hidup yang mengkhabarkan kebaikan-Nya....

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ginny Rivera kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.instagram.com/willnginny/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami