Info Pelan

Mengendalikan Pengaruh MediaSampel

Handling Media Influences

HARI 6 DARIPADA 21

Pemikiran utama minggu ini ialah, "Satu perkara adalah lebih penting daripada benda di kedai." Ingatkan ini semasa anda membaca ayat minggu ini, semasa berbincang, menonton video, dan semasa anda merenungkan interaksi anda dengan media sepanjang minggu ini. Berbincanglah tentang isi utama yang berikut sepanjang minggu ini:



• Perkara yang menghalang anda daripada menjadi rapat dengan Yesus tidak semestinya perkara yang "buruk" sahaja. Perkara ini cuma perlu menghabiskan masa yang anda boleh guna untuk lebih mengenali Dia.

• Musuh kita, Iblis, datang untuk membunuh, mencuri dan merosak. Iblis boleh mengalahkan kita dengan mengalih perhatian kita. Jika kita terlalu sibuk mengklik pautan, menonton video yang lucu, bermain permainan, dan membuang-buang masa, maka Iblis sudah memenangi hati kita tanpa penentangan kita.

• Ada kalanya, membenarkan jadual kita menjadi terlalu padat atau tidak menyedari jumlah masa yang disia-siakan secara tidak sengajalah yang menghalang kita daripada bertumbuh dalam hubungan kita dengan Yesus.

• Kita perlu memastikan bahawa cara kita menghabiskan masa kita mengutamakan Allah. Semua perkara yang lain dalam dunia ini cumalah perkara remeh berbanding dengan mengenali Allah. Apabila kita mengutamakan Dia, Dia akan memberikan kita segala sesuatu yang kita perlukan. Ini bukanlah suatu tukar ganti (trade-off), tetapi tukar tambah (trade-UP).

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Handling Media Influences

Apa yang kita lihat dan dengar mempengaruhi hati dan fikiran kita, serta membentuk sikap dan tindakan kita. Adakah Alkitab betul-betul mengatakan sesuatu tentang media yang belum dicipta pada zaman Alkitab? Ya! Pelan bac...

More

We would like to thank Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.life.church/kids

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami