Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai SayaSampel

Saya telah Dicipta dan Dipandang dengan Ajaib
Bentukku tidak tersembunyi daripada-Mu
ketika aku dicipta dalam rahsia
dan diukir dengan mahir di bahagian bumi yang paling bawah.
Mata-Mu telah melihat zatku yang masih belum dibentuk.
Dan dalam kitab-Mu segalanya tersurat
hari-hari yang ditentukan untukku. -Mazmur 139:15-16
Janji: Saya telah dicipta dan dipandang dengan ajaib.
Anda telah dicipta dengan tujuan. Termasuklah kecenderungan untuk berasa risau atau ingin mengetahui semua langkah-langkah rancangan sebelum bertindak. Anda telah dicipta dengan tujuan yang besar, dan Allah tidak melakukan kesilapan semasa Dia mencipta anda. Allah yang mencipta anda dengan ajaib ini mengenali anda secara rapat. Dia boleh dipercayai untuk menjaga anda.
Menyembah semasa Menunggu:
Enclosed by You oleh Josh Garrels
Cubalah Ini: Berjiwa Seni
Cuba melakarkan pemandangan di depan anda. Ini bolehlah buku di atas meja kopi anda atau bantal katil anda. Mungkinlah laman di luar tingkap anda atau orang yang dikasihi yang sedang berehat di sofa. Pilihlah sehelai kertas, sebatang pensel, atau pensel warna untuk menceriakan lakaran anda. Lukiskan sahaja; rupa lakaran itu tidak penting; biarlah tangan anda bergerak sesuka hati.
Perihal Pelan

Ini merupakan minggu pertama daripada siri tujuh minggu yang membantu anda mengharungi kebimbangan sementara berpegang pada kebenaran alkitabiah dan janji Allah. Pelan lapan hari ini memberikan dorongan dan aplikasi praktikal untuk menjajarkan hati dan fikiran anda dengan kasih Yesus di tengah-tengah kebimbangan. Janji minggu ini: Allah menyertai saya.
More
Pelan yang Berkaitan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Bangkitlah dan Bersinarlah

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Benih: Apa dan Mengapa

Dimeterai - Bahagian 1

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
