Kotak Peralatan HidupSampel

Penyelesaian Allah untuk Kesepian
“Tetapi Tuhan menyertai aku. Dia memberi aku kekuatan” (2 Timotius 4:17a BM).
Alkitab menggalakkan kita untuk mempertimbangkan beberapa perkara apabila kita berasa sepi:
Pertama, tumpukan perhatian pada keperluan orang lain. Kita boleh memilih untuk memandang orang lain, daripada terus menumpukan perhatian pada diri sendiri. Kita boleh mencari jalan yang khusus untuk melayani mereka. Rasul Paulus menumpukan perhatian pada mengkhabarkan Yesus: “Tetapi Tuhan menyertai aku. Dia memberi aku kekuatan, sehingga aku dapat mengisytiharkan seluruh Berita Baik itu supaya didengar oleh semua orang bukan Yahudi” (2 Timotius 4:17a BM).
Kedua, tumpukan perhatian pada tujuan anda. Meskipun ketika rasul Paulus berasa sunyi di penjara, ia tidak pernah berhenti mengerjakan tujuannya. Ia terus memberitahu orang lain tentang Yesus. Sebenarnya, semasa ditahan dalam rumah di Roma, ia telah menulis banyak surat yang kini menjadi sebahagian daripada Perjanjian Baru.
Ketiga, tumpukan perhatian pada menyokong orang lain. Daripada berfikir, “Saya kesepian,” katakan, “Bapa, tolonglah saya untuk menjadi kawan kepada orang yang memerlukan kawan. Tolonglah saya untuk menolong orang yang berasa sepi.” Itu merupakan penawar yang berkesan untuk kesepian.
Anda boleh menolong orang lain menjadi kaya dalam hubungan dengan memberikan diri anda sebagai hadiah kepada mereka itu.
Dengar audio untuk pengajaran |
Kitab
Perihal Pelan

Dalam pelan bacaan ini, Pastor Rick mengajar lapan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan semasa kita mengejar misi hidup kita yang tersendiri.
More
Pelan yang Berkaitan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Benih: Apa dan Mengapa

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Dimeterai - Bahagian 1

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Bangkitlah dan Bersinarlah
