Mengamalkan Jalan TuhanSampel

MATLAMAT #1: MENYERTAI YESUS
Tidaklah menghairankan bahawa Yesus memulakan pembangunan perantis-Nya dengan memanggil mereka "ikutlah Aku"—berjalan bersama-sama Dia menurut Jalan Tuhan.
Dia menjemput Andreas dan kawannya untuk datang melihat tempat tinggal-Nya. "Mereka pun mengikut Dia dan melihat tempat Yesus tinggal. Lalu mereka tinggal bersama-sama Dia pada hari itu" (Yohanes 1:39).
Dalam Lukas 10:39, kita membaca tentang perantis yang bernama Maria yang "duduk dekat kaki Tuhan untuk mendengarkan ajaran-Nya.”
Berdasarkan Markus 3:13, Yesus "memanggil" murid-murid-Nya, dan "mereka datang kepada-Nya." Ini merupakan sekumpulan 12 orang atau beberapa ratus pengikut yang menghabiskan masa yang panjang dengan Yesus. Daripada bilangan murid yang besar ini, Yesus memilih 12 orang untuk latihan khusus supaya "mereka menyertai-Nya”.
Ini merupakan matlamat perantisan yang pertama dan yang paling penting kepada Yesus: untuk menyertai Dia, untuk menghabiskan setiap waktu menyedari kehadiran-Nya dan menumpukan perhatian pada suara-Nya. Demi memupuk keberadaan dengan Yesus sebagai garis dasar seluruh hidup anda.
Mengikut Yesus bukanlah rumus tiga langkah, tetapi adanya tertib. Mengikut Yesus bukanlah satu program tetapi satu perjalanan.
Kami akan membincangkan perjalanan ini dalam renungan hari ini dan dua hari yang seterusnya. Gambaran keseluruhan: Pertama, anda datang dan menyertai Yesus; beransur-ansur anda mula menjadi seperti Dia; akhirnya, anda seolah-olah asyik melakukannya—anda mula melakukan perkara yang dilakukan-Nya di dunia ini.
Kita melihat perjalanan ini dalam cerita murid-murid yang asal: Mereka menghabiskan berbulan-bulan ataupun beberapa tahun mengikut-Nya ke seluruh Israel dan duduk dekat kaki-Nya. Dengan amat perlahan, mereka mula berubah, dan akhirnya, Dia "mengutus mereka" untuk mengkhabarkan berita baik (Lukas 9:2).
Mungkin anda baru mula mengikuti Yesus dan berfikir, Di mana saya harus bermula? Anda bermula di sini, dengan matlamat #1: Menyertai Yesus.
Apabila anda berfikir tentang "memupuk keberadaan dengan Yesus," apakah yang terlintas di fikiran anda? Adakah anda rela berhenti selama beberapa minit pada hari ini, dan mengarahkan semula fikiran dan hati anda kepada kehadiran Yesus dalam anda? Bagaimanakah anda boleh berbuat demikian secara praktik?
Perihal Pelan

Siapa yang anda jadi? Jika anda membayangkan diri pada umur 70, 80, atau 100, orang macam manakah yang anda lihat pada ketika itu? Adakah bayangan di fikiran anda itu memenuhi anda dengan harapan? Ataupun ketakutan? Dalam renungan ini, John Mark Comer menunjukkan bagaimana kita boleh dibentuk dari segi rohani untuk menjadi lebih menyerupai Yesus setiap hari.
More
Pelan yang Berkaitan

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Bangkitlah dan Bersinarlah

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Dimeterai - Bahagian 1

Benih: Apa dan Mengapa

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
