5 Doa Kerendahan HatiSampel

5 Prayers of Humility

HARI 2 DARIPADA 5

Doa 2: “Disiplinkan saya mengikut kehendak-Mu.”

Ada kalanya daging kita susah faham, tetapi Alkitab mengajar kita bahawa pembetulan Allah ialah tanda kasih-Nya. Allah tidak membetulkan kita kerana rasa benci atau hati yang jahat. Dia langsung tidak memiliki perasaan tersebut terhadap kita! Dia ialah Bapa yang baik, berbelas kasihan, dan penyayang yang tahu bahawa kita memerlukan disiplin untuk bertumbuh—dan untuk menjadi lebih menyerupai Yesus.

Allah membetulkan kita kerana Dia mengasihi kita.

Oleh itu, memandangkan disiplin-Nya ialah tanda kasih, tidak haruskah kita menginginkan disiplin-Nya? Tidak haruskah kita mencari tongkat gembala-Nya di tangan kanan dan kiri kita, menunjukkan jalan yang betul kepada kita?

Kawan, tidakkah anda merasakan tarikan lembut pimpinan Tuhan kita ke arah yang Dia mahu anda pergi? Baca Mazmur 32:8 untuk melihat apa yang telah dijanjikan oleh Dia kepada kita.

Sudah tentu, ya.

Kawan, jika anda ingin betul-betul merendahkan diri di hadapan Tuhan, mintalah Dia agar mendisiplinkan anda.

Tidak apa jika anda bersikap proaktif tentang hal ini. Ini ialah perkara yang baik untuk diminta daripada Tuhan, "Yesus, disiplinkan saya mengikut kehendak-Mu."

Disiplin-Nya akan memperbaik kita. Di samping itu, hidup kita akan menjadi lebih senang jika kita meminta pembetulan-Nya secara proaktif dan disiplin-Nya terlebih dahulu, daripada melakukan sesuka hati dan menerima akibat yang tidak dijangka (atau tidak diingini) kerana membuat keputusan yang buruk.

Kawan, kita mempunyai seorang Bapa penyayang yang rela membetulkan kita dan memimpin kita apabila kita melakukan kesilapan, atau semasa kita mengambil risiko mengambil jalan yang bahaya. Tidak haruskah anda meminta Dia untuk membetulkan anda hari ini supaya anda boleh meneruskan jalan-Nya yang sukar dan sempit?

Perihal Pelan

5 Prayers of Humility

Perlukan lebih banyak kasih kurnia, kemurahan hati, dan berkat Allah? Ucapkan lima doa kerendahan hati ini untuk meminta kemurahan hati Tuhan terhadap anda dan menolong anda. Dia akan menjawab doa anda; Dia memberikan kasih kurnia kepada orang yang rendah hati! Jika anda merendahkan diri di hadapan Tuhan, Dia akan meninggikan anda.

More

Kami bersyukur kepada From His Presence Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.fromhispresence.com