Info Pelan

Memahami Kehendak AllahSampel

Understanding God's Will

HARI 3 DARIPADA 3

Pada hari pertama pelan ini, kita sudah melihat bahawa kehendak Allah bagi hidup kita ialah agar kita menjadi lebih menyerupai Kristus dan kita telah dipanggil untuk mengutamakan kerajaan Allah dan kebenaran-Nya, dan jika kita berbuat demikian, semua perkara hidup kita yang lain yang dibimbangkan akan dikendalikan.


Pada hari kedua, kita melihat bagaimana para rasul mengerjakan kehendak Allah dengan mendekati-Nya dahulu kemudian melaksanakan perkara dengan beriman, dan kita melihat bagaimana Roh Kudus memimpin mereka semasa mereka bergerak.


Kita juga melihat bagaimana kita boleh mendekati Allah dahulu dengan berdoa, meminta orang lain untuk berdoa untuk kita, mendapatkan nasihat daripada orang lain, dan mencari kehendak-Nya dalam Firman-Nya.


Sekarang, memanglah mudah untuk berkata, 'Yeh, jika saya memahami kehendak Allah, maka akhirnya saya boleh melakukan perkara yang betul dan hal yang terbaik buat saya.' Masalahnya ialah itu bukanlah selalu keadaannya.


Begini, kita fikir masalahnya ialah kita tidak mengetahui atau tidak memahami kehendak Allah, tetapi banyak kali masalahnya ialah kita memang mengetahui kehendak Allah, dan kita menemuinya, memahaminya, tetapi kita tidak menyukainya.


Jadi, banyak antara kita membaca Firman Allah atau memahami kehendak khusus-Nya bagi hidup kita dan berkata, 'Tak, tidak mungkin Allah, itu terlalu susah.'


Kita mula berfikir, 'Itu memerlukan pengorbanan yang terlalu besar,' atau, 'Tak, tidak mungkin Allah. Allah tidak mungkin mengingini itu. Allah tidak memaksudkan itu, bukan?' atau 'Alkitab ialah buku yang lapuk; Alkitab tidak dapat diterapkan dalam budaya zaman ini.'


Akhirnya kita melabelkan petikan Alkitab tersebut sebagai petikan bermasalah, dan mempercayai hati kita lebih daripada mempercayai Allah.


Sekarang, itu mungkin kedengaran seperti sesuatu yang baik, tetapi pada hakikatnya tidak. Tiada orang dalam hidup anda yang akan mengecewakan anda lebih daripada hati anda.


Begitu: selama anda hidup, anda dan Allah tidak mungkin bersetuju tentang semua perkara. Jika Allah bersetuju dengan anda dalam semua perkara, itu seolah-olah idea yang palsu tentang Allah yang anda sembah itu.


Pertimbangkan. Jika anda membaca pelan Alkitab ini, anda berkemungkinan kira-kira 20 tahun, atau 30 tahun, atau 40 tahun, atau 50 tahun, ataupun 60 tahun.


Umur Allah tidak terkira; Dia tiada permulaan; Dialah permulaan. Dia maha bijaksana, maha berkuasa, dan maha mengetahui.


Betulkah anda fikir jika ada Allah yang maha berkuasa, maha bijaksana dan maha mengetahui, yang memelihara alam semesta ini dari mulanya, anda dan Allah tidak akan bercanggah pendapat dalam sesetengah perkara?


Dalam percanggahan pendapat tersebut, siapakah yang anda rasa adalah betul?


Memanglah menakutkan untuk mengikut Allah atau mentaati Firman-Nya, terutamanya ketika kita tidak memahami Dia. Namun, kita harus ingat bahawa jalan-Nya adalah lebih tinggi, fikiran-Nya adalah lebih bijaksana, dan ada sesetengah perkara yang diketahui-Nya dan tidak diketahui oleh kita. Segala sesuatu yang dilakukan-Nya itu dilakukan kerana kasih.


Charles Spurgeon menyatakannya sedemikian:


Allah terlalu baik untuk menjadi tidak baik dan Dia terlalu bijaksana untuk tersilap. Ketika kita tidak dapat mengesan tangan-Nya, kita harus mempercayai hati-Nya.

Maka, mungkin sudah tiba masanya kita mula mempercayai Allah lebih daripada diri sendiri, mempercayai bahawa Dia betul-betul mengutamakan kepentingan kita dalam hati-Nya, meskipun semasa kita tidak memahami-Nya.


Mungkin sudah tiba masanya kita menyedari masalah sebenarnya: kita bukannya tidak memahami kehendak Allah, kita memang memahaminya, tetapi kita tidak menyukainya. Dalam keadaan tersebut, Dia bukanlah masalahnya, tetapi kitalah masalahnya.


Kita boleh meminta pertolongan-Nya. Kita boleh meminta Dia agar menyertai kita semasa kita bergelut dan menolong kita untuk percaya. Kita boleh mempercayai bahawa dalam kasih-Nya, Dia akan berbuat demikian.


Hari 2

Perihal Pelan

Understanding God's Will

Pernahkah anda keliru tentang kehendak Allah dalam situasi yang tertentu? Pelan 3 hari ini meneroka cara untuk mengetahui kehendak-Nya - kehendak umum-Nya dan kehendak khusus-Nya bagi hidup kita.

Kami bersyukur kepada Awe & Wonder kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://aweandwonder.in/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami