Rut: Cerita tentang Kasih Penebusan AllahSampel

Ruth: A Story of God’s Redeeming Love

HARI 3 DARIPADA 7

Kata-kata Rut kepada Naomi dalam Rut 1:16-17 merupakan antara kemuncak Kitab Suci. Ungkapan kasih dan kesetiaan yang menarik ini kerap digunakan semasa upacara perkahwinan. Namun, Rut juga mengakui pertaubatannya kepada satu-satunya Allah yang benar. Ia mengenali Allah Naomi sebagai Allah yang kuasa dan kasih kurnia-Nya menjangkau melewati sempadan Israel. Keputusan Rut untuk mengikut Naomi dan Allahnya akan membawa kepada hidup yang lebih bahagia daripada yang dapat dibayangkannya.

Setiap frasa kenyataan Rut berbaloi untuk diselidiki.

-“Ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama” – semasa mengatakan ini, Rut memberitahu Naomi bahawa ia tidak akan meninggalkannya. Rut menunjukkan kasih sayang salih terhadap Naomi. Ia akan mengikut ke mana pun Naomi pergi. Rut rasa dekat dengan Naomi berbanding dengan bangsanya. Komitmen Rut terhadap Naomi merupakan perkongsian sepanjang hayat.

-“Di mana saja mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal” – merupakan lanjutan "ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama," kenyataan ini menggambarkan kasih Rut terhadap Naomi pada tahap yang lebih dalam. Walaupun Noami tinggal di kawasan setinggan atau di rumah agam; Rut akan mengikutnya. Rut berkata kepada Naomi, “Di mana saja mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal.” Rut menyatakan niatnya untuk menjadi anak sebenar Naomi. Sesungguhnya kenyataan kasih yang indah!

-“Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga” – dengan pengakuan ini, Rut menyatakan iman barunya. Rut menggunakan bahasa perjanjian Allah, seperti yang ditunjukkan dalam Keluaran 6:7 dan Zakharia 8:8. Rut memetik janji perjanjian Allah kepada Allah. Ia mengasihi Naomi dan Allah Naomi dengan kasih salih. Rut memberikan contoh yang baik tentang sesuatu yang kita harus lakukan semasa berdoa: memetik janji Allah kepada-Nya. Bukan kerana Allah memerlukan kita untuk mengingatkan Dia tentang janji-Nya. Dia tidak melupakan janji-Nya. Dia mahu kita mengulang janji-Nya kerana kita melupakannya. Komitmen Rut terhadap Allah merupakan dasar dedikasinya terhadap Naomi.

-“Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan.” – Di Timur Dekat purba, tempat pengebumian anda menunjukkan allah yang anda sembah. Rut menekankan kepercayaannya dalam satu-satunya Allah yang benar dengan menyatakan ia akan dikebumikan di Israel. Kematian pun tidak akan memisahkan Rut daripada Naomi.

Dengan menemani Naomi ke Betlehem, Rut mengamanahkan diri untuk menjalankan hidup balu yang miskin. Walau bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada kasih-Nya yang kekal, Allah menjaga golongan balu. Rut mempercayai ini. Ia bukan sahaja mempercayai Allah; ia mengabdikan diri secara berkorban kepada Dia. Dalam Matius 19:29, Yesus menyatakan bahawa setiap orang yang sudah meninggalkan keluarga atau rumah kerana Dia akan menerima seratus kali ganda apa yang sudah ditinggalkan, serta menerima hidup sejati dan kekal. Rut tidak dapat melihat berkat yang telah dijanjikan oleh Allah lagi, tetapi ia rela mengorak langkah beriman yang mengubah kehidupan.

Bagaimana pula dengan anda? Betapa kuatnya iman anda dalam janji Allah? Adakah anda rela berkorban demi-Nya?

Perihal Pelan

Ruth: A Story of God’s Redeeming Love

Berkemungkinan salah satu cerita pendek yang paling menakjubkan sepanjang zaman, kitab Rut merupakan catatan tentang kasih penebusan Allah. Kitab Rut ialah cerita tentang cara Allah menggunakan kehidupan orang biasa untuk mengerjakan kehendak berdaulat-Nya. Dengan alegori kasih Kristus dan pengorbanan-Nya untuk umat-Nya yang indah, kita ditunjukkan tahap sanggup Allah untuk menebus anak-anak-Nya.

More

Kami bersyukur kepada Armchair Theology Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.timothymulder.com