Info Pelan

Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 4 DARIPADA 28





Pernahkah orang lain membocorkan cerita filem, buku, atau rancangan TV anda? Seseorang memberitahu anda secara tidak sengaja bahawa — bocoran awal! — Darth Vader ialah bapa Luke atau Iron Man mati dalam Endgame, ataupun siapa yang menerima bunga ros dalam The Bachelor sebelum anda menontonnya!? Amat menjengkelkan. Sekarang anda tahu bagaimana cerita itu berakhir, mengapa sambung cerita itu?


Namun, ada kalanya, tidakkah anda berharap Allah akan membocorkan penutup itu? Jika Allah betul-betul menguasai segala sesuatu, mengapa tidak melangkau semua perkara yang buruk — semua peperangan, penyakit, dan sakit hati — dan berakhir dengan kegembiraan?


Memanglah mudah untuk berharap agar Allah akan mara laju ke penutupnya. Walau bagaimanapun, apabila kita mula rasa begitu, memanglah penting untuk mengingati betapa besar laginya Allah itu berbanding dengan kita. Sebagaimana anjing anda tidak memahami mengapa anda mesti menunggu lampu isyarat untuk bertukar kepada hijau sebelum melintas jalan, kita tidak selalu memahami mengapa Allah mengambil masa yang begitu lama. Namun, itu tidak bermakna tiada sebab yang baik!


Pengkhutbah 3:1 menyatakan: Segala sesuatu di dunia ini berlaku pada waktu yang ditentukan Allah. Maksudnya ada masa untuk perkara yang baik, tetapi ada juga masa untuk cabaran. Cabaran tersebut mungkin menimbulkan tekanan. Cabaran tersebut mungkin membimbangkan. Namun, itu tidak bermakna cabaran tersebut bukan sebahagian daripada rancangan Allah. Rancangan itu memang berakhir dengan kegembiraan . . . walaupun kita tidak melihatnya lagi.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang d...

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami