Info Pelan

Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 18 DARIPADA 25

Malaikat adalah bahagian kisah Natal yang intrinsik dan dinamik. Hari Natal tidak akan berlaku tanpa utusan Allah ini daripada syurga. Kita tidak tahu sama ada malaikat mengenakan jubah putih yang panjang berjela-jela, sama ada mereka mempunyai halo yang bercahaya atau sama ada mereka terbang dengan sayap ke latar hari Natal, tetapi perkara yang kita tahu adalah malaikat ini membawakan hati Allah berkenaan peristiwa penting yang bakal berlaku!

Malaikat muncul sebanyak empat kali dalam kisah hari Natal tradisional dan setiap kalinya, meskipun mereka membawakan cebisan maklumat yang berbeza tentang apa yang akan berlaku, pesanan mereka sentiasanya sama, "Janganlah takut!" Itulah yang dikatakan mula-mulanya kepada Zakharia, dan kemudiannya kepada Maria, seterusnya Yusuf dan akhirnya kepada para gembala di lereng bukit.

"Janganlah takut!"

Saya percaya bahawa ini mungkinlah pesanan yang diutuskan syurga kepada hati anda pada musim Natal ini. Hari Natal mengkhabarkan dengan jelas bahawa Yesus dan ketakutan saling menyisihkan. Apabila Yesus muncul, tiada sebab untuk berasa takut. Hadirat-Nya dengan berkuasa menyingkirkan sebarang sebab ketakutan.

Sudah tiba masanya anda menjauhi ketakutan anda dan ke dalam hadirat-Nya. Saya berdoa bahawa pada hari Natal ini, dan pada setiap hari dalam tahun akan datang, anda akan menyedari bahawa apabila Yesus dilahirkan dalam hati anda, tiada sebab langsung untuk berasa takut atau bimbang. Mesej hari Natal tidak berubah dalam 2,000 tahun dan saya boleh menjamin bahawa kata-kata malaikat itu masih dapat didengar dengan jelas dalam dunia abad ke-21 kita, "Janganlah takut!"

Apabila keadaan anda berkecai, ingatkan diri anda, "Janganlah takut!"

Apabila wang anda tidak mencukupi untuk membayar bil, ingatkan diri anda, "Janganlah takut!"

Apabila anda berhadapan dengan kehampaan, penderitaan atau kesunyian, ingatkan diri anda, "Janganlah takut!"

Allah telah berjanji bahawa Dia akan memberikan kedamaian-Nya kepada mereka yang mempunyai hati dan fikiran yang kekal sepenuhnya pada-Nya. Kedamaian bukanlah ketiadaan masalah; ia adalah hadirat Allah. Dan kerana Yesus, hari Natal ini, dan pada setiap hari Natal, anda boleh berdiam dalam kedamaian-Nya yang menakjubkan dan memuaskan!
Hari 17Hari 19

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami