Info Pelan

Berpasangan dengan Orang yang Tidak BerimanSampel

Unequally Yoked

HARI 3 DARIPADA 4

Jangan Menghalang Allah


Kandungan Renungan:


Ketahuilah tanpa sebarang keraguan bahawa Allah mencari pasangan anda setiap hari. Dia mempunyai rancangan. Kemungkinan besar anda terlibat dalam rancangan itu, tetapi jangan menghalang-Nya.


Tidak Kristi dan tidak juga Matt ialah orang Kristian semasa mereka berkahwin pada usia 25 tahun. Mereka tidak menentang gereja. Cumanya mereka rasa mereka tidak memerlukannya. Kehidupan mereka agak bebas. Mereka memiliki pekerjaan yang baik dan memutuskan untuk menunggu beberapa tahun sebelum melahirkan anak.


Matt berada di luar bandar semasa rakan sebilik Kristi semasa di kolej melawatnya pada suatu hujung minggu. Allison dan Kristi tetap berhubungan, tetapi persahabatan mereka menjadi renggang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kristi tidak sabar-sabar untuk mengetahui perkembangan Allison. Sejak malam pertama Allison sampai, Kristi mendapati sesuatu telah berubah. Allison telah berubah. Ia membawa Alkitab! Kristi ingin tahu, dan Allison rela berkongsi. Menjelang pagi Ahad, mereka mencari gereja yang boleh dihadiri, dan menjelang petang Ahad, hidup Kristi berubah selama-lamanya.


Kristi berkongsi pengalamannya dengan teruja kepada Matt, tetapi Matt bersikap dingin terhadap semua itu. Kristi mahu Matt mengenali Yesus. Ia bercakap tentang Yesus sepanjang masa. Ia memaksa Matt ke gereja. Pada satu hujung minggu, Kristi betul-betul "berkhutbah" kepadanya sepanjang masa. Ia tidak faham apa yang tidak kena dengan Matt. Matt bergerak semakin jauh daripada Allah.


Kristi bercakap dengan Allison dan mendapati ia menghalang Allah. Allah mempunyai rancangan untuk Matt dan sedang menarik Matt kepada-Nya. Perbualannya pastinya bermanfaat kepada perkahwinan mereka, tetapi Matt tidak akan datang kepada Yesus dalam cara yang sama sepertinya. Akhirnya, mengikut nasihat Allison, Kristi menghentikan desakannya. Memanglah jelas bahawa peranannya ialah berdoa dan tidak menghalang Allah.


Cabaran Hari Ini:


Adakah anda menghalang Allah? Jika ya, dalam lingkungan yang manakah anda perlu berundur dan mempercayai-Nya?


Menyelaminya:


Apabila seseorang menerima Yesus sebagai Penyelamat mereka, di syurga ada kegembiraan yang besar. Di gereja kami, kami menepuk tangan dengan kuat. Keterujaan itu berjangkit, dan kita mahu semua orang yang dikasihi untuk mengalami pengalaman itu. Berfikirlah tentang hal yang berhasil apabila anda datang kepada Yesus. Apakah yang akan menghindarkan anda? Semasa anda berkongsi iman anda, carilah kebijaksanaan Allah melalui doa. Berjalan di belakang Allah apabila anda ingin berjalan di depan. Percayalah Dia dalam proses itu.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Unequally Yoked

Bagaimanakah saya hidup dengan pasangan yang tidak mempercayai Allah? Soalan itu tidaklah luar biasa dalam dunia sekarang ini, dan pasangan yang menghadapi situasi ini berhadapan dengan banyak masalah. Tanpa dasar iman y...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Kim Kimberling dan Awesome Marriage kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://awesomemarriage.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami