Info Pelan

Jangan Berpuas Hati dengan KeselamatanSampel

Don't Settle For Safe

HARI 2 DARIPADA 3

Apakah Pola Anda?


Pernahkah anda berfikir-fikir tentang pola emosi anda? Fikirlah tentang fikiran berulang yang membentuk emosi berulang lalu menghasilkan tindakan kebiasaan. Memahami pola tersebut memerlukan anda untuk membuka almari hati yang tersembunyi dan menganalisis kenangan yang kita fikir sudah dilupakan. Kita mesti mula menanya diri: Mengapakah ini terjadi kepada saya? Apakah pengajarannya? Bagaimanakah saya mengelakkannya daripada berlaku lagi?


Sesungguhnya bukan semua pola itu adalah tidak baik. Sesetengah pola adalah begitu baik sehinggakan ia harus diperhalus dan diamalkan sepanjang hidup. Hadiah terbaik yang anda boleh berikan kepada diri anda ialah keupayaan untuk mengenal pasti pola yang telah membentuk tema dalam hidup anda. Pola tersebut mungkin tidak hilang sepenuhnya, tetapi memanglah mungkin untuk mula menyedarinya dan melucutkan kuasanya untuk mengawal hidup anda.


Saya bekerja sangat keras untuk mengenal pasti emosi saya dan menyatakannya bila perlu. Apabila anda memerhatikan perubahan angin anda, luangkan masa untuk betul-betul mengenal pasti apa yang menyebabkan perubahan itu. Jangan mengetepikannya sebagai sipi pusat secara umum sahaja. Carilah punca perkara yang menghalang anda daripada memiliki sukacita yang sempurna. Anda akan terperanjat bagaimana menyatakan emosi tersebut sahaja akan menyenangkan anda.


Ingatkah anda tentang lingkungan hidup anda yang mengalami rasa malu, sakit, atau janggal? Adakah kenangan khusus yang berkaitan dengan itu? Bagaimanakah perspektif anda terhadap diri dan orang lain berubah akibat daripada itu? Pengenalpastian punca pola anda merupakan satu-satunya cara anda boleh membasminya daripada hidup anda. Sebaik sahaja anda mula mengenal pasti beberapa pola tidak sihat yang berkaitan dengan hidup anda, anda boleh mempertahankan diri. Pertahanan itu berbentuk melawan fikiran atau emosi tersebut dengan fikiran lazim yang lebih sihat.


Kerentanan dengan Allah membebaskan kuasa kenegatifan atas hidup anda. Terdapat beberapa isu dalam hidup anda yang terlalu besar untuk diuruskan sendiri. Kita memerlukan campur tangan kudus untuk mengingatkan kita bahawa ada sumber yang tersedia bagi kita yang menggantikan halangan di sekeliling kita. Anda tidak mengharungi pertempuran ini bersendirian. Allah mempunyai rancangan dan kehendak yang sempurna untuk hidup anda. Percayalah rancangan-Nya, yang merangkumi sukacita, kedamaian, dan kasih. Pemikiran transformasi inilah yang memancarkan cahaya meskipun di dalam terowong yang paling gelap.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Don't Settle For Safe

Jika suara tidak berkeyakinan, keraguan, dan ketakutan tidak ditangani, ia akan menentukan hidup anda. Anda tidak boleh menyenyapkan suara ini atau tidak mengendahkannya. Dalam pelan bacaan 3 hari ini, Sarah Jakes Robert...

More

Kami berterima kasih kepada Sarah Jakes Roberts dan Thomas Nelson kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/YV-DontSettleforSafe

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami