Info Pelan

Musuh HatiSampel

Enemies Of The Heart

HARI 3 DARIPADA 5

Andy Stanley: Musuh Hati


Renungan Hari 3


"Melepaskan Luka Hati dan Kemarahan"


Bacaan Alkitab: Efesus 4:25-32


Musuh hati yang kedua ialah kemarahan. Kita menjadi marah apabila kita tidak mendapat apa yang kita mahu.


Tunjukkan saya seorang yang marah dan saya akan menunjukkan kepada anda seorang yang terluka. Saya menjamin bahawa orang itu rasa luka hati kerana sesuatu telah diambil. Seseorang terhutang sesuatu kepadanya.


Kita semua mengenali orang di mana kemarahan mereka boleh dinyatakan dengan kata-kata seperti berikut: "Kamu telah mengambil reputasi saya." "Kamu telah mencuri keluarga saya." "Kamu telah merampas tempoh kehidupan saya yang terbaik." "Kamu telah mencuri perkahwinan pertama saya." "Kamu telah merampas zaman remaja saya." "Kamu telah merampas kesucian saya." "Kamu harus memberikan saya kenaikan gaji." "Kamu harus memberikan saya peluang untuk cuba." "Kamu harus memberikan saya peluang kedua." "Kamu harus mengasihi saya."


Punca kemarahan adalah persepsi bahawa sesuatu telah diambil. Sesuatu harus diberikan kepada anda. Sekarang hubungan hutang-penghutang telah dibina.


Bagaimana pula dengan anda? Apakah hutang yang menyebabkan kemarahan anda itu?


Berapa lamakah anda akan membenarkan orang lain yang telah menyakiti anda untuk mengawal kehidupan anda? Sebulan lagi? Setahun lagi? Satu musim kehidupan anda lagi? Berapa lama?


Saya ingin mencadangkan bahawa hari ini harus menjadi hari di mana anda berhenti berpaut pada luka hati itu!


Sementara benar anda tidak dapat membatalkan apa yang telah berlaku, jugalah benar bahawa anda tidak perlu membiarkan masa silam untuk mengawal masa depan anda. Dalam Efesus 4, kita diperintah untuk "Janganlah berdengki, geram, dan marah." Kita berbuat demikian dengan "memaafkan satu sama lain, seperti dalam Kristus Allah telah memaafkan anda."


Ubat bagi kemarahan adalah pemaafan. Jika kita bertahan menunggu untuk membalas dendam, kitalah yang mengalami padah. Jika, sebaliknya, kita membatalkan hutang terhadap kita, kita akan dibebaskan.


Antara empat kuasa yang dibincangkan dalam renungan ini, saya percaya ini—kemarahan yang tidak diselesaikan daripada luka yang disengajakan atau luka yang tidak disengajakan—adalah yang paling membinasakan. Namun, dalam sesetengah cara, ia adalah kuasa yang paling mudah diatasi. Anda cuma perlu membuat keputusan untuk membatalkan hutang itu. Anda memutuskan dan menyatakan, "Kamu tidak berhutang kepada saya lagi."


Ikuti proses empat langkah ini hari ini: (1) Kenal pasti orang yang membuat anda marah. (2)Tentukan apa yang dihutang kepada anda. (3) Batalkan hutang itu dengan memaafkan mereka. (4) Jangan membiarkan kemarahan anda makin bertambah-tambah lagi.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Enemies Of The Heart

Sebagaimana hati fizikal yang tidak sihat boleh memusnahkan tubuh anda, hati yang tidak sihat dari segi emosi dan rohani boleh memusnahkan anda dan hubungan anda. Sepanjang lima hari seterusnya, biarlah Andy Stanley memb...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Andy Stanley dan Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: bit.ly/2gNB92i

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami