Info Pelan

Kenapa Kesakitan?Sampel

Kenapa Kesakitan?

HARI 3 DARIPADA 3

Rancangan-rancangan yang Tersembunyi di Sebalik Kesakitan

Dalam rancangan ini, saya hendak membantu anda memahami apakah rancangan yang tersembunyi di sebalik kesakitan yang datang dalam kehidupan kita.

Kita banyak kali berfikir bahawa tidak ada gunanya apabila kita mengalami kesakitan dan penderitaan. Kita merungut dan menimbulkan soalan tentang Tuhan tetapi Dia mengizinkan kesakitan berlaku untuk tujuan yang lebih besar. Dia berhasrat mengajar kita beberapa perkara yang memberi faedah kepada ramai yang sedang mengalami keadaan yang sama. Apa yang kamu sedang bergelutan pada hari ini akan menjadi apa yang akan digunakan oleh Tuhan pada hari esok.

Baru-baru ini, saya terjumpa seorang ibu yang kehilangan anak perempuan baru lahirnya. Saya nampak kesakitan yang dilaluinya. Namun, dia memberitahu saya bahawa dia mahu membantu ibu-ibu supaya anak-anak baru lahir mereka tidak mudah meninggal disebabkan penjagaan bayi baru lahir yang kurang baik. Kesakitan dan penderitaan boleh membantu kita menghiburkan orang lain yang melalui keadaan rasa duka dan luka yang serupa.

Saya pasti bahawa kitab Ayub tertulis untuk satu tujuan utama iaitu menggambarkan apa yang berlaku apabila kita mengalami kesakitan, penderitaan dan cubaan. Ayub seorang yang tidak bercela, tulus, dan takut kepada Tuhan serta menjauhi kejahatan. Akan tetapi, Iblis tidak mahu Tuhan dimuliakan melalui Ayub dan cuba merampas kemuliaan itu. Iblis berkata bahawa Ayub takut kepada Tuhan kerana telah diberkati Tuhan dengan keluarga besar dan harta benda yang banyak. Iblis telah memberi cabaran bahawa keimanan Ayub hanya bergantung kepada Tuhan yang memberkatinya. Pertaruhan atas cabaran berlaku apabila Iblis menghadap Tuhan di depan takhtanya dan memohon keizinan-Nya untuk mendatangkan kesengsaraan ke atas Ayub untuk menguji sama ada Ayub akan mengutuk Tuhan. Apabila Tuhan memberi keizinan-Nya, Ayub kehilangan anak-anak lelaki dan perempuan serta harta bendanya. Walaupun begitu banyak kesengsaraan yang menyakiti hati Ayub, dia masih menyembah Tuhan.

Bayangkan Alkitab tanpa kitab Ayub. Andainya, Ayub tidak mengalami kesakitan dan penderitaan, maka tidak ada teladan bagi kita untuk memberi harapan kepada ramai yang menderita seperti Ayub. Selalu ingatlah bahawa Tuhan kita berada dalam kawalan setiap masa. Biasanya, kesakitan dan penderitaan mendorong pembentukan personaliti, keperibadian atau kewatakan kita.

Kerap kali Tuhan mengizinkan kesakitan untuk menghalang kita daripada menilai diri kita lebih tinggi daripada orang lain. Tuhan membenci kesombongan dan kerohanian yang keterlaluan. Paulus berkata, dia telah diberi “duri dalam daging” supaya tidak berasa terlalu angkuh dan sombong.

Selalu ingatlah, saudara-saudari yang dikasihi, walau apa sahaja yang dilalui kamu, di mata Tuhan tidak ada apa pun yang dapat diselindungkan. Tidak ada apa pun yang berlaku dalam hidup kita tanpa diketahui Tuhan. Teruslah memandang kepada Tuhan kerana Dia tidak pernah berhenti menjaga kamu. Tidak kira betapa teruknya kesakitan yang dialami atau betapa dalamnya luka yang dirasai, cukuplah kasih kurnia-Nya bagi kamu untuk mengatasi masalahnya dan mencapai kemenangan untuk memuliakan nama-Nya.

Sesiapa yang ingin menerima e-buku percuma yang bertajuk “Kenapa Kesakitan?”, sila layari laman web berikut: https://www.evansfrancis.org/

Hari 2

Perihal Pelan

Kenapa Kesakitan?

Apa yang kamu sedang bergelutan pada hari ini akan menjadi apa yang akan digunakan oleh Tuhan pada hari esok. Kamu akan belajar kenapa Tuhan membenarkan kita mengalami kesakitan dan penderitaan dalam hidup kita. Ini akan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Evans Francis kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.evansfrancis.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami