Satu: Renungan Pra-Paskah Sampel

Maksud keadilan
Bagaimana rupa masyarakat Kristian?
Adakah semua orang pergi ke gereja? Semua orang membaca Alkitab setiap hari? Muzik penyembahan mendapat tempat teratas carta?
Jika kita mematuhi firman Allah, masyarakat Kristian akan menjadi masyarakat yang bebas daripada ketidaksamaan. Masyarakat yang menjaga satu sama lain dengan baik dan berbelas kasihan. KeKristianan adalah lebih daripada kehadiran gereja – keKristianan melibatkan keadilan. Membina kerajaan Allah bermakna mengangkat golongan yang ditindas. Tanpa berbuat demikian, kita lari dari maksudnya. Perjanjian Lama dan Baru tegas tentang hal ini, contohnya dalam Yesaya:
"Lakukanlah yang adil: tolonglah mereka yang tertindas, berikanlah hak kepada anak yatim piatu, dan belalah perkara para balu." (Yesaya 1:17)
Di bahagian awal petikan hari ini, Allah menolak penyembahan umat-Nya. Allah membencinya. Mengapa? Kerana adanya ketidakadilan di tanah itu. Kerana seruan orang yang terpinggir tidak dipedulikan. Kerana umat-Nya tidak menjaga orang yang susah.
Adakah Allah akan menerima penyembahan anda hari ini? Ini ialah soalan yang mencabar. Namun, soalan ini mesti dikemukakan.
Doa:
Allah keadilan, berbelas kasihanlah terhadap jemaat-Mu. Kami menyerahkan semula diri kami kepada kehendak-Mu – kehendak yang mencari keadilan dan membela orang yang tertindas. Amin.
Oleh Dr. Ruth Valerio
Ruth merupakan seorang pengarang, ahli teologi dan Pengarah Global Advocacy and Influencing Tearfund.
Perihal Pelan

Semasa kita memandang dunia sekarang ini, kita melihat banyak perpecahan dan kerenggangan. Walau bagaimanapun, ada harapan lagi. Harapan yang mendalam dan menguja. Apabila kita menyedari bahawa kita menjadi satu dalam Kristus, segala sesuatu berubah. Apabila kita menerima kebersamaan – kesatuan dengan ciptaan, antara satu sama lain, dan dengan Allah – hal yang luar biasa boleh berlaku. Semasa anda membaca renungan ini, kami berdoa agar anda menjalani musim pra-Paskah yang diberkati.
More
Pelan yang Berkaitan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Bangkitlah dan Bersinarlah

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Dimeterai - Bahagian 1

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Dimeterai —Bahagian 3

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
