Kuasa Harapan: 7 Hari Menuju ke Arah Berharap pada TuhanSampel

Harapan Kepulangan Kristus | Paulus
Menyedari bahawa menunggu kepulangan Yesus adalah sukar, rasul Paulus menulis untuk menggalakkan orang percaya— pada waktu itu dan sekarang ini— agar kita berharap pada Tuhan kita dan kepulangan Penyelamat. Paulus tidak mahu saudara-saudari di Tesalonika "bersedih hati seperti orang yang tidak mempunyai harapan" (1 Tesalonika 4:13), jadi ia memberikan beberapa butiran tentang masa Tuhan kembali untuk jemaat-Nya, butiran yang mungkin diberitahunya ketika ia "dibawa ke langit yang ketiga" (2 Korintus 12:2).
Pertama, "mereka yang percaya kepada Kristus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan" (1 Tesalonika 4:16). Kemudian, orang yang masih hidup pada waktu itu akan "diangkat bersama-sama . . . ke awan untuk berjumpa dengan Tuhan di angkasa" (ay. 17). Seterusnya— berita terbaik dan harapan yang terbesar bagi semua orang— "Lalu kita akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya" (ay. 17). Sesungguhnya suatu kebenaran yang mulia untuk menguatkan harapan kita!
Semoga kehidupan kita mencerminkan harapan yang kita miliki dalam Yesus dan janji kepulangan-Nya.
Perihal Pelan

Tajuk berita dunia dan pergelutan peribadi boleh menyebabkan anda berasa letih dan cemas, tetapi tiada perkara yang baru bagi Allah. Orang pada zaman alkitabiah juga sering mengalami perkara yang sama. Pelan bacaan Alkitab 7 hari ini ditulis oleh pengarang terlaris, Jack Countryman, dan tertumpu pada tujuh cara Allah menyediakan harapan kepada anak-anak-Nya sekarang ini, sebagaimana yang telah diberikan-Nya berkali-kali kepada para wira dalam Alkitab.
More
Pelan yang Berkaitan

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Benih: Apa dan Mengapa

Dimeterai - Bahagian 1

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Bangkitlah dan Bersinarlah

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Mengasihi dan Terus Mengasihi
