Info Pelan

Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Kebenaran Tentang Mendedahkan Kasih Allah kepada Orang di Sisi AndaSampel

How (Not) to Save the World: The Truth About Revealing God’s Love to the People Right Next to You

HARI 3 DARIPADA 5





Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Mendiamkan Cerita Anda



Perempuan Cina pertama yang saya lihat berkhutbah ialah saya. Selama beberapa tahun, saya tidak berasa bangga akan warisan saya dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan hakikat bahawa saya CIna kacukan. Berbilang bangsa, dan bukan orang Cina yang jati, saya cuba menyembunyikannya. Saya tidak pernah melihat nama keluarga "Wong" di senarai persidangan sebelum ini, maka pada tahun-tahun awal sebagai penceramah kembara, saya menggunakan nama pena Hosanna Poetry. Saya berasa malu mengakui bahawa saya takut keturunan Asia saya akan menjadi halangan bagi kerjaya saya. Saya tidak suka menonjol. Walaupun saya mengkhabarkan Yesus dengan sebaik-baiknya dan sebenar-benarnya, saya berusaha untuk menyembunyikan kebenaran tentang cerita saya.



Saya tidak faham maksudnya dicipta menurut gambar Allah. Adakah itu bermaksud Allah telah mencipta saya? Saya memahami bahagian itu. Namun, saya selalu rasa tersirat di hati saya bahawa ada sesuatu yang cacat, kekurangan, dan kelas kedua. Semasa saya mengkaji Firman Allah dengan beriman, saya mendapati saya hidup malu tentang diri sendiri dan saya mendiamkan cerita saya demi diterima. Itu (bukan) cara untuk menyelamatkan dunia. Musuh mahu kita untuk mempercayai bohong bahawa kita tidak memadai, bahawa latar belakang kita tidak cukup baik, dan cerita kita tidaklah mencukupi, kerana musuh tahu bahawa kita berkuasa apabila kita menerima diri sendiri, dan berkongsi cerita sebenar kita. Apabila anda menyembunyikan diri anda, anda menyembunyikan ciptaan Allah dan kuasa Allah.



Dicipta menurut gambar Allah bermakna kita telah diasingkan daripada setiap makhluk yang lain. Gambar Allah dikenakan pada kita dan dalam kita. Nilai mengalir melalui urat kita. Tiada makhluk lain yang boleh menghilangkan reka bentuk Pencipta kita. Kebenaran ini mengubah cara kita memandang diri dan memandang orang lain. 



Kebenarannya ialah anda telah dicipta menurut gambar Allah. Anda bukan sahaja mempunyai akses untuk mengenali-Nya malah akses kepada kuasa yang diberikan oleh-Nya untuk mengkhabarkan Dia. Anda bukan sahaja memiliki kebenaran malah tanggungjawab untuk menggunakan seluruh jiwa anda dan semua pengalaman anda untuk memuliakan-Nya dan menyatakan kasih-Nya kepada orang di sekeliling anda.



Saya menyedari bahawa menjadi seorang perempuan, berbilang bangsa, dan anak bekas penagih sebenarnya menolong saya untuk menyatakan kebenaran tentang Yesus. Perkara yang saya mahu sembunyikan ialah perkara yang Allah mahu guna untuk menyatakan diri-Nya dan apa yang boleh Dia lakukan. Saya seharusnya lebih menjadi diri sendiri, bukan kurang. Saya tidak mahu Musuh untuk menang melalui rasa malu kita dan kesenyapan kita lagi. Perincian hidup anda merupakan pintu, bukan dinding. Semua ini menolong anda menjemput orang lain kepada cerita Penyelamat yang menebus. Allah ingin menggunakan cerita sebenar anda untuk menyatakan kuasa sebenar-Nya. Gambar Allah mesti dilihat, dan kuasa-Nya mesti didedahkan.







Respons



Apakah kemenangan musuh jika kita mempercayai bohong bahawa kita tidak bernilai, dan kita harus mendiamkan cerita kita?



Aspek cerita hidup anda yang manakah sukar dilihat sebagai berguna kepada Allah?



Apakah halangan yang dihadapi semasa berkongsi cerita anda?






Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

How (Not) to Save the World: The Truth About Revealing God’s Love to the People Right Next to You

Adakah anda berjuang demi orang yang dikasihi dan menunjukkan kepada orang lain betapa berharganya mereka itu kepada Allah? Dalam pelan bacaan 5 hari berdasarkan buku Hosanna Wong, How (Not) to Save the World ini, ketahu...

More

Kami bersyukur kepada HarperCollins/Zondervan/Thomas Nelson kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/savetheworldyouversion

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami