Info Pelan

Pusingan U Daripada Isu-isu EmosiSampel

A U-Turn From Emotional Issues

HARI 2 DARIPADA 3

Biar saya ingatkan anda tentang satu kebenaran yang sangat penting tentang emosi: emosi tidak berdaya fikir. 



Emosi tidak berfikir. Emosi cuma memberikan respons. Emosi mesti meminjam fikiran untuk merangsangkan perasaan. Oleh itu, sesiapa atau sesuatu mengawal fikiran anda, mengawal perasaan anda. Emosi anda terhasil dan dikuasai oleh cara anda berfikir tentang keadaan dalam kehidupan anda. Jadi, jika anda ingin menguasai emosi anda dan mengatasi kubu emosi dalam kehidupan anda, anda perlu menguasai fikiran anda. 



Apabila anda melaraskan fikiran anda dengan kebenaran Allah, anda akan dibebaskan.



Lihatlah cermin. Orang yang anda lihat itu telah disalibkan bersama, dikuburkan bersama, dan dibangkitkan bersama Kristus. Pada pandangan Allah, apabila Yesus mati pada dua ribu tahun lalu, anda juga telah mati. Apabila Dia dikuburkan, anda dibaringkan di dalam kubur itu bersama Dia. Apabila Dia bangkit, anda dibangkitkan juga. Walaupun anda baru saja menerima Kristus, Allah mengambil apa yang telah berlaku kepada Yesus lama dahulunya dan menjadikannya sebahagian daripada kenyataan rohani anda.



Iblis ialah pakar menanamkan fikiran dalam minda anda dan membuat anda fikir itu ialah fikiran anda. Barangkali anda mendengarnya berkata, "Saya tidak dapat mengatasi harga diri rendah dan jerat perbandingan. Saya tidak mungkin bebas daripada ikatan emosi. Saya tidak dapat menolak tabiat buruk untuk menjadi murung." Iblis mungkin menyatakan semua itu kepada anda, atau anda mungkin mengatakannya kepada diri sendiri, tetapi demi mengatasinya, anda mesti berhenti mempercayai dusta itu. Semua pernyataan itu mungkinlah benar apabila diri anda yang lama masih hidup, tetapi orang itu telah mati di atas salib bersama Krsitus. Anda ialah ciptaan baru (2 Korintus 5:17).



Dusta apakah yang anda percaya tentang diri sendiri?


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

A U-Turn From Emotional Issues

Apabila kehidupan anda tidak sejajar dengan Firman Allah, anda pasti akan mengalami akibat yang menyakitkan hati. Apabila emosi anda menjadi tidak stabil dan mula menentukan kesejahteraan anda, anda mungkin mendapati dir...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada The Urban Alternative (Tony Evans) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tonyevans.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami