Info Pelan

Renungan Medan Perang MindaSampel

Battlefield of the Mind Devotional

HARI 1 DARIPADA 14

Rancangan yang Disusun Atur dengan Baik



"Mengapa kamu sampai hati melakukan ini?" Helen menjerit. "Mengapa kamu tergamak melakukan hal yang seperti itu?"



Tom merenung isterinya tanpa dapat berbuat apa-apa. Dia telah berlaku curang terhadap isterinya, mengakui kesalahannya, dan meminta dimaafi.



"Saya tidak merancang untuk mencurangi kamu," kata Tom, air matanya bergenang.



Tom tidak berbohong. Dia sedar dia telah membuat beberapa pilihan yang tidak baik, tetapi dia tidak mempertimbangkan akibat tindakannya. Selepas merayu selama satu jam, dia mengatakan sesuatu yang membantu Helen untuk memahaminya dan akhirnya memaafkannya.



"Saya tidak setia kepada kamu sebelum saya berlaku curang." Dia memaksudkan mereka berdua yang terlalu sibuk untuk meluangkan masa bersama, sikap kritisnya, isterinya yang kekurangan respons emosi, isterinya yang tidak mendengar apabila dia berkongsi tentang masalah di pejabat.



Demikianlah caranya Iblis bekerja. Ia mula menghujani minda kita dengan pola kejengkelan, ketidakpuasan, keraguan, ketakutan, dan alasan yang direka dengan bijak. Ia bergerak dengan perlahan dan berhati-hati (bagaimanapun, rancangan yang disusun atur dengan baik memakan masa).



Tom mula meragui sama ada Helen betul-betul mencintainya. Dia tidak mendengar, dan dia tidak sentiasa memberikan respons terhadap kemesraannya.



Salah seorang daripada rakan sejawatnya mendengar. Ada sekali dia berkata, "Helen tidak patut memiliki lelaki yang mesra dan penyayang seperti kamu." (Iblis juga bekerja dalamnya.) Setiap kali Tom mengambil langkah kecil dari jalan yang betul, dia mewajarkan tindakannya dalam mindanya: Jika Helen tidak mendengar saya, ada orang lain yang akan mendengar.



Rakan sejawat itu mendengar. Beberapa minggu kemudian, dia mendakap rakan sejawat itu dan berharap dia boleh merasakan respons yang penyayang ini daripada isterinya. Ia merupakan dakapan yang tidak bersalah--ataupun, ia nampaknya tidak bersalah.



Tom tidak memahami bahawa Iblis tidak pernah tergesa-gesa. Ia cuma memerlukan peluang untuk menyelitkan fikiran yang tidak kudus dan mementingkan diri dalam minda kita. Jika kita tidak menolak fikiran tersebut, ia akan kekal. Lalu, ia boleh meneruskan rancangannya yang jahat dan yang merosak.



Kita tidak perlu membenarkan fikiran yang salah untuk diam dalam minda kita. Senjata-senjata kami . . . kekuatan Ilahi . . . [Kami] mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan [sejati] Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus . . . (2 Korintus 10:4-5, AVB).



Doa: Tuhan Yesus, dalam Nama-Mu, saya sangat memerlukan kemenangan. Bolehkan saya untuk menawan setiap fikiran supaya taat. Tolonglah saya agar tidak membenarkan kata-kata Iblis untuk kekal dalam minda saya dan mencuri kemenangan saya. Amin.



Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Hari 2

Perihal Pelan

Battlefield of the Mind Devotional

Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyce Meyer Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.joycemeyer.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami