Info Pelan

Kedamaian yang HilangSampel

Missing Peace

HARI 4 DARIPADA 7

Kedamaian Semasa Menunggu 



Pada hari sebelumnya, kita berbincang tentang menemui kedamaian dalam janji Allah, tetapi itu adalah lebih susah lagi semasa anda menunggu Allah. Kita pernah mengalami musim yang Allah kelihatannya menyertai semua orang kecuali anda. Mungkin anda tidak mendapat kerja lagi. Mungkin anda ingin berkahwin, tetapi ia seolah-olah mustahil. Ataupun, mungkin anda menantikan kehamilan sementara pengumuman kehamilan orang lain seakan-akan dibuat setiap hari.



Walau apa pun yang anda nantikan, ketahuilah bahawa Allah tidak lupa tentang anda. Dia menyertai anda dalam penantian anda. Sebenarnya, musim Adven dan Krismas meletakkan harapan pada penantian—menunggu Raja Damai untuk memasuki dunia dan menyelamatkan manusia daripada dosa. 



Bolehkah anda membayangkan betapa panjangnya penantian itu? Lebih kurang 750 tahun berlalu antara penulisan nubuatan tentang Yesus dalam Yesaya 9:6 dan kelahiran Yesus. Selama beberapa abad, orang menunggu, tidak pasti bila (atau sama ada) Allah betul-betul akan menepati janji-Nya. Kemudian, Dia mengutus Anak-Nya, Yesus!



Sekarang pula? Kita tidak lagi perlu menunggu penggenapan kedamaian kita. Namun, kita masih menunggu kedatangan kedua-Nya, menantikan hari bila Allah kita akan membetulkan segala sesuatu. 



Jadi, dalam dunia kita yang rosak, kita mengalami musim penantian. Walau bagaimanapun, kita mengetahui bahawa musim penantian kita bukanlah musim yang sia-sia. Meskipun kita ingin melangkau kepada penggenapan harapan kita, di tengah-tengah penantian kitalah kita menyedari siapa yang kita sembah. 



 Tanyalah diri: Adakah saya lebih mengambil berat tentang memperoleh apa yang saya inginkan daripada mengenali Allah? 



Memanglah soalan yang susah, tetapi ia ialah soalan yang harus diajukan kerana ia mendedahkan siapa atau apa yang kita sembah. 



Begitu: Tidak apa untuk berasa kecewa atau berseru kepada Allah apabila anda tidak memahami pengaturan masa-Nya. Sebenarnya, Dia mengalu-alukan itu. Namun, musim penantian kita bukanlah tentang memperoleh apa yang diharapkan. Ia adalah tentang menempatkan harapan kita dan kepercayaan kita dalam Allah. 



Mungkin anda boleh membentuk semula musim penantian anda. Daripada menumpukan perhatian pada penantian, alihkan fikiran anda untuk ingat—mengingati siapa Allah itu, segala hal yang telah dilakukan oleh-Nya, dan apa yang anda tahu adalah benar tentang sifat-Nya. 



Jika anda bergelut untuk menemui kedamaian sementara menunggu, ketahui ini: 



Langkah seorang yang baik diperintahkan oleh Tuhan, dan Dia meredai jalan yang dilaluinya; kalaupun orang itu tergelincir, dia tidak akan rebah, kerana Tuhan menyokongnya dengan tangan-Nya. Mazmur 37:23-24 AVB

Allah memerintahkan cerita anda, dan setiap perincian adalah penting kepada-Nya. Dia menyokong anda semasa keadaan menjadi sukar. Dia bersukacita kerana anda. 



Jangan tergesa-gesa melalui proses penantian. Sebaliknya, menemukan kedamaian dalam proses itu dengan menghabiskan masa untuk berhenti sejenak dan menemukan apa yang diajar oleh Allah kepada anda. Hari ini, renungkan soalan ini semasa anda menunggu: 




  • Allah, apakah yang Engkau tunjukkan kepada saya sepanjang penantian ini? 

  • Bagaimanakah saya dapat menuntut balik tempoh penantian ini untuk kemuliaan-Mu dan kebaikan orang lain?

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Missing Peace

Apakah mungkin untuk mengalami kedamaian semasa kehidupan itu menyakitkan? Jawapan ringkas: ya, tetapi bukan melalui kuasa diri sendiri. Pada tahun yang meninggalkan kita kewalahan, banyak antara kita berasa bingung. Dal...

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami