Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 7 DARIPADA 27

Kadang-kadang kita rasa bosan memikirkan bahawa penyembahan hanya dapat dinyatakan dengan cara yang tertentu sahaja. Namun, itu langsung tidak benar! 

Sepanjang Alkitab, kita digalakkan untuk menyatakan pujian dan pemujaan kita dengan seluruh jiwa raga kita dengan simbal kecil yang berdenting atau nyanyian him di bangunan dan rumah ibadat ataupun di alam semula jadi dengan minda kita, hati kita, dan suara dengan setiap nafas kita.

Apakah rupanya menemui cara penyembahan yang baru dan kreatif?

Sebagai permulaan, cuba menyelami cerita tiga orang majus secara kreatif hari ini. 

Mungkin rasa pelik untuk berhenti sejenak, menghentikan waktu renungan anda untuk menyembah, tetapi cubalah sesuatu yang baru dan berbeza yang dapat mengayakan waktu renungan anda.

Sebelum anda keluar daripada apl atau meninggalkan peranti anda, pertimbangkan cerita tiga orang majus dalam Matius 2:9-12 yang menjadi tumpuan kita sepanjang minggu ini, kemudian fikirlah cara petikan ini memimpin anda untuk menyembah.

Sama ada secara lembut atau kuat, boleh dilihat atau tidak boleh dilihat, bersendirian atau di khalayak ramai, fokuslah secara aktif pada Raja segala Raja!

Idea untuk menyelami petikan:

  • Melukis gambar
  • Menulis puisi atau renungan ringkas
  • Mereka tari sebuah tarian
  • Menulis lagu yang pendek atau menyanyikan lagu yang ada dalam hati anda

Semoga Tuhan memberkati anda semasa anda menyelami cerita ini sebagai penyataan penyembahan yang kreatif!

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV