Info Pelan

Meletakkan Tuhan di Tempat PertamaSampel

Meletakkan Tuhan di Tempat Pertama

HARI 5 DARIPADA 5

“Strategi Lima Penjuru untuk Hidup Berkemenangan”.




Bahagian ini menyediakan Strategi 5 penjuru berasaskan Alkitab untuk menangani dosa dan godaan dengan efektif. Melaksanakan pelan ini adalah salah satu cara meletakkan Tuhan di tempat pertama dalam kehidupan anda!




1. MEMAHAMI BAHAWA TUHAN MELIHAT ANDA SEBAGAI SEMPURNA, SUCI DAN TIDAK BERCELA, melalui pekerjaan Kristus. (Baca II Korintus 5:21.) Sering kali, perasaan bersalah dan malu adalah akibat dosa yang paling memudaratkan. Memahami bahawa tiada pengutukan bagi mereka yang berada dalam Kristus, walau apa pun dosa yang telah dilakukan, penting untuk kemenangan (Roma 8:1).




2.  MENGAKUI DOSA ANDA. (Baca I Yohanes 1:9.) Mengakui dosa kita bermakna mengakui dosa tersebut dalam hati dan minda kita terlebih dahulu, dan kemudiannya mengakuinya kepada Tuhan. Mengakui dosa tidak semestinya bermakna kita mengakui dosa di khalayak ramai. Pengakuan dosa adalah antara anda dengan Tuhan.




3.  BERTANGGUNGJAWAB. (Baca Yakobus 5:16.) Mencari rakan karib, paderi atau ahli keluarga Kristian yang dipercayai yang boleh anda berkongsi kesusahan anda adalah cara yang berkesan untuk memperkenalkan kebertanggungjawaban dan sokongan doa ke dalam pergumulan.




4.  MENGELAKKAN PUNCA GODAAN. (Baca Yakobus 1:13-15.) Ini adalah hujah yang paling mencabar untuk dilaksanakan, dan ini memerlukan pemikiran dan perancangan kreatif. Hakikatnya, jika anda mengelakkan godaan, anda akan mengelak daripada melakukan dosa. 




5.  MEMBACA FIRMAN TUHAN. (Baca Mazmur 119:11.) Firman Tuhan memberitahu kita dengan jelas bahawa ketika kita "menyembunyikannya di dalam hati kita," itu memberikan kita kekuatan khas untuk mengatakan tidak terhadap godaan dan dosa.



Hari 4

Perihal Pelan

Meletakkan Tuhan di Tempat Pertama

Meletakkan Tuhan di tempat pertama dalam kehidupan kita bukanlah sesuatu yang dibuat hanya sekali... ini merupakan proses sepanjang hidup untuk setiap penganut Kristian. Sama ada anda baru percaya atau pengikut Kristus b...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami