Info Pelan

Peranan Gereja dalam Perkelahian BudayaSampel

The Role of the Church in Cultural Clashes

HARI 4 DARIPADA 7

Model Alternatif



Terdapat kedutaan Amerika Syarikat di seluruh dunia. Walaupun kedutaan itu terletak di negara asing, peraturan Amerika Syarikat dikuatkuasakan dalam lingkungan kedutaan itu. Kedutaan bertindak seperti tempat perlindungan. Allah telah mentahbiskan gereja untuk berfungsi sebagai tempat perlindungan juga. Gereja harus berfungsi sebagai secebis syurga, sementara di dunia ini.



Biarlah saya ungkapkannya demikian, gereja bertindak sebagai pratonton kerajaan Allah. Sebagaimana pratonton wayang menarik perhatian terhadap wayang yang bakal ditayangkan dengan menunjukkan bayangan sekilas wayang yang lengkap, gereja harus menambat minat orang tentang cara hidup alternatif dengan menyampaikan bayangan sekilas kerajaan Allah. Sementara berlakunya peperangan di dunia, harus wujudnya kedamaian dalam gereja. Kemiskinan berlaku di dunia ini, tetapi harus adanya perkongsian dan pemberian sukarela dalam gereja. Rasisme berlaku dalam masyarakat, tetapi harus wujudnya pembebasan, keadilan dan perpaduan dalam gereja. Oleh itu, apabila orang lain memandang gereja, mereka seharusnya melihat cara hidup alternatif. 



Ada kalanya kita menjadi terlalu pesimis semasa berbincang tentang gereja. Kita mengkritik dan mengutarakan setiap isu kecil yang kita rasa adalah salah. Mengatakan sesuatu untuk menilai gereja secara terus terang ialah satu perkara, tetapi menggagalkan gereja dengan nada membantah ialah satu perkara yang lain. Kita mesti berhati-hati tentang cara kita bercakap tentang gereja dan cara kita melayan gereja. Pada asasnya, Yesus mengasihi gereja, mati demi gereja dan akan kembali untuk gereja. Daripada mengkritik gereja, marilah kita berhenti dan berdoa bersungguh-sungguh untuk gereja.



Bagaimanakah gereja boleh mengemukakan cara hidup alternatif kepada dunia ini?






Kami berharap pelan ini telah mendorong anda. Sekiranya anda inginkan lebih banyak sumber, klik di sini. 


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

The Role of the Church in Cultural Clashes

Bagaimana mungkin rasisme dan ketaksaksamaan memusnahkan budaya kita? Lihatlah bilangan gereja. Terdapat kira-kira 300,000 buah gereja di Amerika. Maksudnya 300,000 khutbah, kebaktian penyembahan dan perhimpunan minggu d...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada The Urban Alternative (Tony Evans) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tonyevans.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami