Perjanjian Baru dalam 90 HariSampel

Pengenalan kepada 1 Korintus
Rasul Paulus ialah penulis surat kepada gereja di Korintus ini. Ia merupakan pengasas gereja ini dan terus berhubungan dengan jemaat di sana, maka ia kenal sangat akan mereka. Gereja ini terdiri sebahagian besarnya daripada orang bukan Yahudi. Para sarjana percaya bahawa surat ini telah ditulis sekitar 55 TM, iaitu pada akhir perjalanan 3 tahun Paulus di Efesus.
Gereja ini mengalami beberapa masalah yang serius dan mempunyai isu yang perlu ditangani. Paulus mencabar mereka untuk bekerja bersama-sama untuk memajukan injil Yesus kerana mereka berbelah bagi. Ia berterus-terang dan tidak mengelak daripada menangani beberapa subjek yang agak serius dalam surat ini kerana mereka membiarkan dosa dan melakukan dosa.
Perihal Pelan

Terokai 260 bab Perjanjian Baru sepanjang 90 hari seterusnya. Daripada injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes, hingga kitab terakhir, Wahyu, Allah akan berbicara kepada anda melalui ajaran orang yang telah diubah oleh Penyelamat kita.
More