Info Pelan

Impian DitebusSampel

Dreams Redeemed

HARI 3 DARIPADA 7


Iman tidak menjadikan kita lali terhadap kesusahan kehidupan. Terdapat masanya apabila pekerjaan hilang, hati dihancurkan, atau orang yang dikasihi meninggal dunia terlalu awal. 


Terdapat juga waktu apabila kita menantikan (dan terus menunggu) impian kita untuk tercapai. Impian bagi anak, pasangan, atau pemulihan hubungan. Impian agar orang yang dikasihi sembuh daripada penyakit atau ketagihan. Impian untuk kemajuan kerjaya. Hati kita ingin sekali memiliki apa yang belum dimiliki. Ada kalanya, keinginan kita berlanjutan untuk tempoh yang sangat panjang sehinggakan harapan kita berkurangan dan kita mungkin berhenti membentuk impian, supaya keadaannya tidak menyakitkan lagi. 


Allah mengambil berat tentang impian kita. Sebenarnya, Dia menempatkan "impian Allah" dalam setiap hati kita. Walau bagaimanapun, jika saya menginginkan impian itu lebih daripada saya menginginkan Allah, Pemberi Impian, saya menjadikan impian itu pahala. 


Sejak saya berumur dua tahun, saya ingin menjadi seorang pelakon yang terkenal. Semasa kecil, saya menghabiskan masa yang panjang di depan cermin mengembangkan watak.  Penderaan dan eksploitasi menghalang saya daripada semua impain saya, termasuk menjadi pelakon. Apabila saya mula berjalan bersama Yesus, saya membuat keputusan untuk mengejar impian berlakon lagi. 


Saya sibuk menerima tawaran berlakon dan seronok membina kerjaya saya tetapi, tidak lama kemudian saya menyedari bahawa Allah mempunyai impian yang berbeza untuk kehidupan saya daripada apa yang sedang saya kejar itu.  


Jika saya berterus terang, keinginan saya untuk menjadi pelakon adalah sebahagiannya keinginan saya untuk merasakan kepentingan diri. Allah mahu saya menemukan nilai saya dalam-Nya, bukan dalam pengakuan dan perhatian yang saya terima sebagai pelakon. Saya juga mula memahami bahawa Dia mahu menggunakan penderitaan masa lalu saya untuk membawa harapan dan kebebasan kepada orang lain. 


Saya memutuskan untuk menurut Impian Allah untuk kehidupan saya dan pada tahun 2003, saya mengasaskan Treasures, sebuah kumpulan bantuan dan sokongan bagi mangsa pengeksploitasian dan pemerdagangan seksual. Setiap hari, saya melihat kehidupan diubah kerana keputusan saya untuk mentaati impian Allah bagi kehidupan saya! Jika saya berpegang pada impian saya sebagai pelakon, atau lebih teruk lagi, membiarkan impian saya menjadi pahala dalam kehidupan saya, saya akan terlepas impian yang disediakan oleh Allah bagi saya! 


Allah mengambil berat tentang kita, dan Dia mengambil berat tentang impian kita. Dia cukup mengambil berat sehinggakan Dia rela mengarahkan kita daripada apa yang kita fikir kita inginkan, supaya Dia boleh memimpin kita ke arah apa yang disediakan-Nya bagi kita. 


Terdapat impian Allah bagi kehidupan anda. Impian itu mungkinlah sesuatu yang sedang ditujui anda, ataupun sesuatu yang amat berbeza daripada jangkaan anda. Saya percaya bahawa apabila anda memegang rancangan dan impian anda dengan tangan terbuka, dan mempercayai-Nya dengan proses itu, Dia akan memimpin anda kepada kelimpahan yang telah disediakan-Nya bagi anda. 


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Dreams Redeemed

Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harmony Grillo (I Am A Treasure) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://harmonygrillo.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami