Info Pelan

Tindakan PertaubatanSampel

Acts of Repentance

HARI 5 DARIPADA 5

Allah menghantar anak tunggalNya, Yesus, ke dunia untuk memberi kita hidup yang baru. Dalam Lukas 5:27-32, Yesus berkata: "Orang yang sihat tidak memerlukan doktor; hanya orang yang sakit. Aku datang bukanlah untuk memanggil orang yang benar supaya berpaling dari dosanya, tetapi orang yang berdosa." Kristus datang agar orang berdosa seperti saya dan anda boleh memperolehi hidup baru melalui pertaubatan kita serta ampunNya. Kehidupan kita berubah selama-lamanya bila kita bertaubat dan memohon ampunNya. Misi Kristus jugalah misi kita. Kita dipanggil melayani orang yang sesat dan memerlukan ampun. Sekiranya anda bertaubat secara ikhlas dan Allah mengampuni dosa anda, anda mempunyai kisah untuk diceritakan kepada mereka yang perlu bertaubat. Perubahan hidup anda boleh mengubah kehidupan yang lain. Siapa kenalan anda yang perlu bertaubat dan menerima ampun Allah? Dapatkah kisah anda membantu seseorang lain bertaubat?
Hari 4

Perihal Pelan

Acts of Repentance

Bertaubat merupakan suatu tindakan utama ketika kita mengenali Kristus sebagai Penyelamat peribadi kita. Pertaubatan adalah tindakan kita dan ampun adalah tindakbalas Allah kerana kasihNya yang sempurna. Pelan bacaan 5-h...

More

We would like to thank Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami