Info Pelan

Kisah Easter Sampel

The Story of Easter

HARI 5 DARIPADA 7

JUMAAT - Dalam surat Filipi 3, Paulus menulis bahawa dia ingin "kenal Kristus, dan mengalami kuasa kebangkitanNya, [serta] mendapat bahagian dalam penderitaanNya, dan menjadi sama seperti Dia dalam hal kematianNya." Walaupun nampaknya mustahil bahawa Paulus ingin menerusi pengalaman ngeri ini, keajaiban kisah ini adalah bahawa kita sebenarnya boleh mengenali Kristus. Bika kita merenungi keamanan, sukacita, ketenangan, dan rahmat di tengah segala keganasan itu, kita memahami keindahan menjadi sepertiNya dalam hal kematianNya. HidupNya ringkas kerana Dia mempercayai Allah sepenuhnya. Dia tiada kerisauan duniawi selain daripada ibuNya yang diserahkanNya kepada jagaan sahabat karibNya. Satu-satu hartaNya, sebuah jubah, terjatuh kepada kemilikan para pengawal. HidupNya ringkas. FokusNya jelas. KesetiaanNya kepada tujuan Allah tetap teguh. KepercayaanNya terhadap BapaNya selengkap penuh. Itulah yang patut kita rindukan.
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

The Story of Easter

Bagaimanakah anda menjalani hidup jika diketahui itu minggu terakhir anda? Minggu terakhir Yesus di dunia dalam kemanusiaanNya dipenuhi detik-detik istimewa, penggenapan nubuatan, doa yang intim, perbincangan mendalam, t...

More

Kita berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk mendapati lebih maklumat tentang Life.Church, sila kunjungi: www.Life.Church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami